Thursday, July 22, 2010

Homemade Syrup

Setiap kali nak raya, atok rajin buat gula sirap banyak-banyak. Lepas tu, atok akan letak dlm botol 1.5 Liter tu dan hantar ke rumah anak-anak yang berdekatan. Boleh dikatakan mmg rajin buat sirap je la sebab stok ada kat dlm peti ais.

Gula sirap, kalau buat sendiri memang terasa sedapnya jika nak dibandingkan dengan sirap yg kita beli kat rak pasaraya. Terbau daun pandan!

Ni dah nak puasa nie, boleh la buat gula sirap lagi. Saya buat baru-baru nie tapi tak buat pekat. Guna sikit je gula.

HOMEMADE SYRUP

Bahan-bahan:
Gula
Daun pandan
Air secukupnya
Perwarna Conchineal

Cara membuatnya:
1. Masak air bersama daun pandan dalam periuk.
2. Masukkan gula (saya masukkan 500g gula).


3. Masak hingga gula hancur.
4. Masukkan beberapa titik perwarna. Terpulang. Jika ingin warna yang pekat, masukkan beberapa sudu besar.
5. Kacau seketika.
6. Tutup api dan sejukkan sebentar.
7. Transfer ke bekas untuk disimpan.

Wednesday, July 21, 2010

Ikan Goreng Berempah

Hari Khamis minggu lepas, dah kepenatan. Nak masak simple je. Sambal ikan bilis masih ada banyak lebih. So masak je Ikan Goreng Berempah ni sebagai pelengkap.

Resipi diselongkar di dapur Ummi. Thanks Ummi!

IKAN GORENG BEREMPAH

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan
1cm halia *
4 ulas bawang putih *
3cm kunyit *
1 sudu besar serbuk kari
Garam secukupnya
* Ditumbuk

Cara memasak:
1. Ikan disiang, dibersihkan dan dikelar.
2. Gaulkan dengan bahan tumbuk, garam dan serbuk kari.
3. Perap selama sejam.
4. Goreng hingga garing. Masukkan sekali lebihan bahan tumbuk tadi.
5. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Bolehlah tapis bahan tumbuk yg digoreng tadi. Tabur di atas ikan.
6. Sedap dimakan ketika panas.

Tuesday, July 20, 2010

Hancurkan biji cili dengan mudah

Tak tak la nak kata petua ke apa sebab saya dah diajar sejak kecil oleh mama saya.

Usually, saya akan rebus cili tu sampai lembut. Setiap kali nak blender cili kering dan cili api, mesti saya disuruh masukkan sedikit minyak. Katanya, senang sikit biji cili nak hancur. Tak tau la apa kaitan minyak dan biji cili tapi pernah jugak la saya jalankan ujikaji utk mengetahui kesahihannya.

Memang betul la. Kalau letak minyak, mmg biji cili tu hancur. Smooth je cili yg terhasil.

Orang kata, kalau nak cili tahan lama, letakkan sedikit minyak dlm bekas cili tersebut. Apa kata lepas ni, mesinkan sekali minyak tu. Insya Allah, takde biji cili yang akan kelihatan. Cubalah!

Monday, July 19, 2010

Pineapple Punch

Panas-panas nie, sedap kalau dpt minum Pineapple Punch. Resipi dari Hana nun jauh di Okinawa.


PINEAPPLE PUNCH

Bahan-bahannya:
Pineapple dalam tin
1/2 cawan syrup nenas tin
1/2 cawan ice cream soda
Air dan kiub
Hirisan nenas utk hiasa

Cara membuatnya:
1. Campurkan sirap nenas, air dan ice cream soda.
2. Masukkan nenas potong dan kiub ais. Kacau.
3. Hiaskan dengan hirisan nenas.
4. Siap utk dihidang.

Nota: Utk sejag pineapple punch, saya gunakan 2 cawan ice cream soda dan 2 cawan sirap nenas.

Friday, July 16, 2010

Tenggiri Berlada

Masa puasa sunat baru-baru ni, hubby request tenggiri berlada. Jarang nak masak berlada sebab rasanya tenggiri paling sedap kalau buat sambal atau masak lemak cili api. Perggh, meleleh air liur.

Ok.. so utk kali ni, saya guna resipi Maklang. Maklang kan famous sebab pandai masak lauk sedap-sedap. Jom try.


TENGGIRI BERLADA

Bahan-bahannya:
2 keping ikan tenggiri
2 helai daun limau purut
Sedikit garam dan gula

Bahan untuk dikisar:
5 biji cili merah
6 biji cili api
3 x 3 inci belacan ~ dibakar sedikit
1 biji bawang besar
1 biji tomato sederhana besar

Cara memasak:
1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam, gula dan daun limau purut.
4. Masukkan ikan. Gaul rata.
5. Biarkan seketika agar sambal meresap ke dalam ikan.
6. Angkat dan siap untuk dihidang.

Thursday, July 15, 2010

Kung Pao Chicken

Kali pertama buat lauk ni pada 27 December 2006. Sumber? Tak ingat. Hehe.. Tapi mcm mana pulak boleh ingat bila kali pertama masak? My first posting about this recipe masih ada dlm blog lama. Pernah buat 2 kali je kot. Dan 2-2 tu tak letak cashew nut sebab tak minat cashew nut.

Baru-baru nie, teringin nak buat lagi. Pada mulanya, mmg taknak letak cashew nut. Tapi terjumpa pulak cashew nut paket kecil. Beli je la.

Setelah masak dengan cashew nut, rasanya lepas ni taknak letak la sbb orang lain pun tak minat. Ahaks. Tapi rasa tetap sedap utk tekak orang yg berpuasa nie. Hubby pulak prefer Tenggiri Berlada. Tak kesah la. Tekak orang puasa ni mmg lain macam kan? Sorang nak lauk tu, sorang nak lauk nie.

Saya copy paste je la resipi ni.


CHICKEN KUNG PAO

Bahan A :
600g chicken fillets ~ didadu
Tepung jagung
Garam
1. Salutkan chicken fillets dengan tepung jagung yg dicampurkan dengan sedikit garam. Goreng.
2. Setelah masak, toskan dan letak di atas kitchen towel agar minyak meresap.

Bahan B :
100g cashew nuts ~ digoreng
30g cili kering ~ dipotong kepada 1 ke 1.5 inci
2 bawang besar ~ dipotong dadu
4bawang putih ~ ditumbuk
2 inci halia ~ ditumbuk
1 cili merah ~ dipotong dadu
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1/4 cawan air
Minyak masak
Garam ~ jika perlu

Cara memasak :
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng cili kering hingga garing. Ketepikan cili.
2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan bawang besar.
4. Masukkan cili merah, ayam yang telah digoreng, sos tiram, sos cili dan sedikit air.
5. Apabila air tinggal sedikit, masukkan cashew nuts. Kacau rata.
6. Angkat dan siap untuk dihidang.

Nota tambahan: Utk my version, saja je masukkan sedikit cili kering yg garing tadi. Nak bagi sedikit pedas. Tapi tak pedas sgt pun.

Wednesday, July 14, 2010

Buncis Goreng Bertelur

Semalam cuti sebab tak sihat. Sempat buat Kung Pao Chicken dan Buncis Goreng Bertelur. Saya bagi resipi sayur dulu la ye.

BUNCIS GORENG BERTELUR


Bahan-bahannya:
300g kacang buncis ~ dibuang urat dan dipotong serong
3 ulas bawang kecil ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
Sebiji telur
Garam secukupnya

Cara memasak:
1. Tumis bawang kecil dan bawang putih. Masukkan garam. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan kacang buncis. Masak hingga kacang lembut. (Tambah sedikit air jika perlu)
3. Setelah hampir masak, pecahkan sebiji telur. Gaul rata hingga telur masak.
4. Angkat dan siap untuk dihidang.

Monday, July 12, 2010

Daging Masak Sambal

Satu perkara yang saya suka setiap kali balik ke rumah parents ialah dpt mkn lauk-lauk yg saya suka. Nama pun org Negeri. Jadi lauk mmg yg pedas-pedas dan wajib ada warna merah atau warna kuning. Apa lagi, sambal atau masak lemak cili api la. Kalau lauk tu tak pedas, gerenti ramai orang tak lalu makan melainkan letak pizza/pasta/satay kat depan diorg. Hehe.

Masa balik baru-baru nie, sempat request nak masak Daging Masak Sambal. Dah jadi kegemaran semua orang. Haa, jgn tak tau. Nak masak pun kena request. Sape yg request dulu, lauk dia la yg akan jadi santapan semua orang pada hari tu. Therefore, pagi-pagi dah ckp nak masak daging masak sambal.

This is my mom's recipe. Selalu yg saya nampak, orang akan rebus dulu daging tu utk bagi ia empuk kan? Tak la liat nak mengunyah. Tapi mcm kat rumah nie, kitorang hiris daging tu nipis, kemudian goreng. Ok la.. layan resipi nie.

DAGING MASAK SAMBAL

Bahan-bahannya:
1kg daging ~ dihiris nipis dan digoreng
30 tangkai cili kering ~ diblender
4 biji bawang besar ~ dihiris sederhana tebal
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Hiris daging nipis-nipis. Kemudian, goreng dlm minyak yg panas. Tos dan ketepikan.
2. Kurangkan minyak di dalam kuali. Dengan menggunakan minyak yg sama, tumis cili kering. Masukkan garam secukupnya. Tumis hingga garing.
3. Masukkan bawang. Kacau seketika.
4. Masukkan daging yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
5. Masukkan gula secukupnya. Kacau rata.
6. Jika daging belum empuk dan lembut, masukkan secawan air. Masak hingga daging empuk.
7. Angkat. Sedia utk dihidang

Friday, July 9, 2010

Tempoyak Pucuk Ubi

Tak tahu dari mana asal usul lauk ni tapi saya selalu jumpa di kenduri kendara di Negeri Sembilan terutamanya di kawasan kampung. Tak kesah la kenduri doa selamat, kenduri tahlil, kenduri akikah, kenduri kahwin pun ada jumpa.

Tapi kat Negeri Sembilan je selalu nampak. Negeri-negeri lain tak pernah jumpa.

Masakan ni mudah tapi saya tak pernah terfikir nak masak sendiri. Sebab rasa rasa lauk ni special. So tunggu je kenduri, time tu boleh jadi mcm beriye sgt nak mkn lauk nie. Usually, saya tak kesah kalau tuan rumah tak bagi bekal lauk tapi lauk ni mesti wajib bungkuskan utk saya. Hehehe..

Cuma 2-3 hari lepas, asyik terbayang lauk ni. Dgn musim durian.. dgn nampak tempoyak di sana sini.. terus rasa nak masak. Tak boleh tunggu dah.

Nasib baik duduk kat Hulu Langat. Senang jugak la nak dpt bekalan pucuk ubi. Kalau takde pun, boleh je ambil kat belakang rumah. Tapi dah tiap-tiap hari balik lambat, mana la boleh nak petik pucuk ubi maghrib-maghrib kan?

So tgk kat kedai, ada! Terus beli tempoyak sekali. Beli seikat pucuk ubi je sebab makan berdua. Tapi dpt la dlm semangkuk besar. Dpt la lepaskan hajat nak mkn. Kalau tak, dok teringat je.

Ni resipi dari my mama. Layan...


TEMPOYAK PUCUK UBI


Bahan-bahan utk dihiris halus:
Seikat pucuk ubi
3 batang serai
2 helai daun kunyit

Bahan-bahan utk ditumbuk / blender:
Cili api ~ ikut suka nak pedas atau tak
Seinci kunyit hidup

Bahan-bahan lain:
2 senduk tempoyak
2 cawan santan
Petai
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa

Cara memasak:

1. Pucuk ubi, serai dan daun kunyit dihiris halus. Masukkan dlm periuk/kuali.
2. Masukkan cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk/blender.
3. Masukkan bahan-bahan lain.
4. Letak periuk/kuali atas api. Perasakan dengan garam.
5. Masak hingga pekat.

Thursday, July 8, 2010

Cili Hijau Jeruk

Originally from Charming Umi. Ada kisah kenapa saya suka buat cili jeruk :)


CILI HIJAU JERUK

resipi from kak Min

Bahan-bahan:
6-7 batang cili hijau ~ dihiris ikut tebal yg anda suka (suka tebal2)
Secawan air
Secawan cuka
1 sudu besar gula

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dlm periuk. Masak atas api hingga warna cili bertukar.
2. Simpan dlm bekas dan simpan dlm peti sejuk. (Lagi lama, lagi sedap!)

Monday, July 5, 2010

Satay paling sedap di Satay Station


Bestfriend dari Kota Kinabalu datang melawat kami beberapa hari lepas. Di kesempatan itu, saya tak lepaskan peluang utk bawa dia makan di kedai satay paling sedap aku pernah rasa; Satay Station yg terletak di Kg. Pandan. Haa, kedai ni pernah masuk dlm rancangan Jalan-Jalan Cari Makan.

Menu utama yg disediakan hanyalah satay dan Mee Rebus Ibunda. Tiada menu lain. Diorg mmg fokus dlm 2 makanan ni saja. Walaupun menu sgt terhad, pengunjung tidak putus-putus tiba. Semuanya nak mkn satay yg sedap.

Kedai terletak di tepi jalan. Sekali imbas, nampak mcm rumah orang. Kat dlm kawasan tu, ada sebuah rumah papan yg cantik. Pengunjung boleh makan di dalam rumah tu. Menurut pekerja kat sana, pengunjung boleh membuat tempahan utk makan di dalam rumah papan tersebut pada hari Isnin – Jumaat sahaja. Sabtu dan Ahad pula mereka menggunakan konsep “first come first serve”. Tiada makanan lain kecuali kek dibenarkan dibawa masuk :)

Mee Rebus Bonda dikatakan menggunakan resipi turun temurun. Tak sure akan kebenarannya tp mmg sedap! Kuah pekat. Rasa tak puas mkn. Harga RM6.00.

Satay pulak sgt lembut, byk isi dan sedap. Kalah satay Taman Tenaga yg saya suka selama nie. Harga sedikit mahal, 80 sen secucuk tp mmg sedap. Puas hati.

See, boleh baca testimonial orang lain. Bukan aku sorang yg ckp sedap tau.

Macam mana nak ke restoran nie? Restoran terletak di Jalan Kg. Pandan menghala ke Taman Nirwana.

Sapa lagi pernah cuba mkn kat sana?

Friday, July 2, 2010

Sambal Udang Manis

Sambal udang mmg feveret kat rumah nie. Kalau kat rumah Seremban, lg la diorg suka. Masak la berapa kilo pun, gerenti habis!

Mama punya sambal mmg simple. Tak perlu nak potong bawang kecil utk ditumis ke, tak perlu letak macam-macam. Tapi hasilnya, dpt la sambal udang yg sedap dan manis semulajadi.

According to mama, utk dptkan manis semulajadi, jgn kopek kulit udang sampai habis. Buang hujung dan kepala udang. Pastu trim kaki-kakinya yg panjang itu. Siap! Then, tak perlu letak air asam utk seimbangkan rasa masam manis. Bawang besar mesti cukup sbb bawang besar kan manis. Mmg sambal yg mama ajar sgt simple dan senang tp sedap. Aku suka!

Utk lagi sedap, make sure cili kering yg korang gunakan adalah dari jenis yg pedas. Meleleh!

Bahan-bahan:
Udang
Cili kering yang telah ditumbuk/dikisar
Bawang besar ~ dihiris sederhana tebal
Sedikit gula dan air
Garam secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Masukkan cili kering dan garam. Tumis cili kering hingga garing.
2. Masukkan bawang besar.
3. Masukkan sedikit gula dan air.
4. Setelah bawang sedikit layu, masukkan udang.
5. Kacau rata.
6. Tutup api setelah udang masak. Siap utk dihidang.
Related Posts with Thumbnails