Tuesday, August 24, 2010

Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis

Teringin nak cuba resipi yg diambil dari blog Ummi nie. Kebetulan, semua orang balik ke rumah pada minggu lepas. Maka, terkorbanlah 2 ekor ayam utk dimakan ketika berbuka puasa.

Gambar saya tak la secantik gambar Ummi sebab Ummi ada letak sos dan mayonis. Saya bakar saja kerana dah siapkan sambal ikan bilis sebagai lawan ayam bakar nie.

AYAM BAKAR LADA HITAM BERMAYONIS


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam ~ bersihkan dan cucukkan dengan garfu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
Sedikit lada sulah

Cara membuatnya:

1. Blend bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur.
2. Masukkan ke dalam bekas besar. Campurkan dengan bahan-bahan lain kecuali ayam dan mayonis.
3. Masukkan ayam dan mayonis.
4. Gaul rata. Perap dlm peti ais selama 2-3 jam.
5. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit hingga ayam bertukar warna perang keemasan. Balik-balikkan ayam agar ayam dibakar rata. Sedia untuk dihidang.

Monday, August 23, 2010

Bread Pudding with Vanilla Sauce

Saya mula kena puding roti apabila seorang pakcik memberikan saya satu resipi puding roti 10 tahun yang lalu. Tapi resipi dia memerlukan puding tu dikukus. Tak tertelan dengan tekak masa tu sebab rasa rasanya mcm tak berapa kena dengan saya. Tu la kali pertama saya mkn puding roti.

Masa tu, mmg ingat puding roti kena kukus.

Hinggalah saya terjumpa satu resipi yg memerlukan puding roti tu dibakar. Tertarik dengan bahan-bahan yg digunakan, saya cuba buat dengan menggunakan resipi baru tu.

Wah, jauh sangat beza rasa puding roti yg dikukus dengan yg dibakar. Saya cukup suka resipi kedua tu! Dah byk kali juga saya buat.

Masa balik ke hometown minggu lepas, saya dah bercadang nak buat puding roti. Cuma kali nie, saya cuba buat vanilla sauce utk dimakan bersama dengan puding. Ni sebab dah terjebak tgk puding roti kat hotel. Mesti ada sauce kan? Peach sauce la.. vanilla sauce la.. Utk dibuat di rumah, saya buat vanilla sauce sebab saya mmg suka apa saja yg berasaskan vanilla.

BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUCE


Bahan-bahan utk puding:

2 biji telur ~ dipukul sedikit
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla essence
1/4 sudu kecil nutmeg ~ jika tiada, boleh skip
4 cawan susu ~ dipanaskan sedikit
100 gram mentega ~ dicairkan
2 cawan roti ~ dipotong dadu (lebih kurang sebungkus kecil roti)
Gula perang, kismis dan serbuk kayu manis ~ utk ditaburkan di atas puding

Cara membuat puding:

1. Campurkan semua bahan kecuali roti, gula perang, kismis dan serbuk kayu manis.
2. Kemudian, masukkan roti. Kacau rata.
3. Masukkan dlm bekas pembakar atau casserole.
4. Taburkan gula perang, kismis dan serbuk kayu manis di atasnya. Byk-byk pun takpe.
5. Bakar dlm suhu 160 C selama 45 minit.

Nota: Pastikan bekas pembakar tidak terlalu rendah. Semasa puding di dalam oven, puding akan naik sedikit. Jika bekas terlalu rendah, ditakuti puding akan melimpah. Apabila puding dikeluarkan dari oven, puding akan turun ke paras asal.

Bahan-bahan untuk vanilla sauce:

1 biji telur ~ dipukul sedikit
1/2 cawan gula
2 cawan susu ~ part milk or whole milk
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar vanilla essence

Cara membuat vanilla sauce:

1. Masukkan semua kecuali vanilla essence ke dalam periuk.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau utk memastikan tepung tak bergumpal.
3. Setelah pekat sedikit, masukkan vanilla essence.
4. Setelah mencapai kepekatan yg diingini, tutup api dan ketepikan.
5. Tidak mengapa jika tepung bergumpal. Anda hanya perlu tapiskan sauce tersebut dan anda akan dapat vanilla sauce yg smooth.

Thursday, August 19, 2010

Sayur Labu Masak Lemak Cili Api

Manisnya sayur labu masak lemak cili api kan? Labu mmg semulajadi manis. Tapi kalau mkn, kena berhati-hati, jgn melantak. Nanti angin, pedih pulak ulu hati tu.


Bahan-bahan:

Setengah biji labu ~ dibuang kulit, serat dan dipotong kecil
Santan
Cili api & bawang kecil ~ ditumbuk lumat atau blender saja
Segenggam ikan bilis ~ Ditumbuk kasar
Sedikit serbuk kunyit
Sehelai daun kunyit

Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan utk mengelakkan pecah minyak.
3. Setelah labu hampir empuk, masukkan daun kunyit.
4. Setelah empuk, boleh la ditutup api. Angkat dan hidangkan.

Friday, August 6, 2010

Easy Kimchi

Finally, dapat juga saya buat kimchi. Boleh baca ulasan saya tentang kimchi di sini.

Selepas kimchi saya habis, saya teringin nak buat sendiri. Jadi saya gunakan resipi dari Maangchi.com. Maangchi berasal dari Korea dan sekarang menetap di US. Jadi resipi kimchi dia mmg boleh dicop sebagai authentic la kan? She's a friendly lady. Kalau email dia pun, dia akan balas dengan cepat. Nampak peramah di setiap baris ayat.

Utk resipi dia, dia gunakan 10 pounds napa cabbage. Takde la saya nak guna 10 pounds. Banyak tu. Sapa nak mkn kan? 10 pounds bersamaan 4.6kg. Saya hanya beli sebuah napa cabbage seberat 1.5kg.

Kalau nak dapatkan gambaran jelas, boleh ke maangchi.com sebab dia ada video tutorial sekali. Lagi jelas. Saya letak resipi asal dari Maangchi. Utk my kimchi, saya divide by 4 four semua ingredients tu.

EASY KIMCHI

Bahan-bahan utk cabbage:
10 pounds napa cabbage
Secawan garam

Cara membuatnya:
1. Buang daun luar kobis yang layu dan tidak cantik.
2. Belah 4 kobis tersebut, buang core dan potong into bite size pieces.
3. Rendam kobis dlm air seketika. Toskan dan letak dlm besen. Taburkan garam (Letak kobis sikit dlm besen, then tabur garam sikit. Pastu letak lagi kobis dlm besen, then tabur garam lagi. Sila lihat tutorial)
4. Setiap 30 minit, gaul kobis tu agar garam rata. (Total salting time will be 1 1/2 hours. Masa ni boleh la buat kimchi paste)
5. Setelah 1 1/2 jam, basuh kobis sebanyak 3 kali.
6. Tos dan letak tepi.

Bahan utk porridge:
3 cawan air
1/2 cawan sweet rice flour
1/4 cawan gula

1. Masukkan 3 cawan air dan 1/2 cawan sweet rice flour ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan 14/ cawan gula dan kacau hingga translucent.
3. Tutup api dan sejukkan.

Nota: Utk porridge, saya tak gunakan sweet rice flour. Saya gunakan sebiji pear utk 1.5kg kobis.

Bahan utk kimchi paste:
1. Masukkan cold porridge ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan secawan fish sauce, 2.5 cawan hot pepper flakes, secawan crushed garlic, 1-2 sudu besar minced ginger, 1 cup of minced onion. (Saya blend semua guna food processor. Then baru tuang dlm porridge.)
3. Masukkan 10 batang daun bawang yg telah dipotong dan 1/4 cawan carrot yg telah diracik halus. (Saya tambah juga sedikit daun kucai).
4. Kacau rata semuanya.

Untuk menyediakan kimchi:

1. Masukkan kimchi paste ke dalam sebuah besen. Masukkan kobis yg telah ditos. Gaul rata. (Gunakan glove agar tangan tak pijar berapi.. hehe).
2. Setelah siap, masukkan kimchi ke dalam bekas kedap udara atau glass jar.
3. Proses pemerapan akan mengambil masa selama 2 hari.

Nota: Setelah siap, saya rasa mcm sikit pulak kimchi yg saya dapat. Hehehe.. sebab lepas buat, ada 2 org nak rasa. Jadi lepas ketepikan 2 bekas utk mereka, tinggal la sebekas saja utk saya. Next time, saya akan guna 10 pounds napa cabbage :)
Related Posts with Thumbnails