Dapur orang lain dah banyak hasilkan kek nie. I baru nak buat. Kalau orang lain dapat resipi ni dari Internet, I pula lain ceritanya. I rasa kek ni dulu. I teringin nak buat sendiri. Kalau orang jual, harganya memang mahal sebab termasuk service charge. Bila buat sendiri, lebih rasa puas hati bila kek licin dalam masa yang singkat.
Terima kasih kepada tuan punya resipi. Tak sure resipi asal dari mana tapi rasanya ramai mencuba bila resipi ni dikongsi di WHI. Resipinya bila dibaca rasa panjang berjela dan nampak rumit tapi sebenarnya tidak.
Kek Karamel Pelangi from Delima Catering
UNTUK GULA KARAMEL
2 sudu besar gula
~ Masukkan ke dalam loyang pembakar. Panaskan di atas api. Biarkan hingga gula cair dan berwarna perang. Tak perlu dikacau. Make sure gula tidak terlalu perang. Kalau terlalu masak, gula akan pahit. Lepas cair, tutup api dan ratakan gula di seluruh dasar loyang. Biarkan sejuk seketika.
UNTUK MERINGUE
Bahan-bahannya:
6 biji putih telur
70g gula kastor
1 sudu teh cream of tartar (atau boleh ganti dengan 1 sudu teh cuka)
Cara membuatnya:
1. Pukul putih telur hingga kembang.
2. Masukkan cream of tartar. Pukul seketika.
3. Masukkan gula kastor. Pukul hingga kembang dan glossy. Jika adunan diterbalikkan, ia tidak tumpah. Itu menunjukkan aduna meringue dah siap. Ketepikan.
UNTUK KEK
Bahan-bahannya:
140g tepung gandum
3 biji kuning telur
70g gula kastor
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak
135ml air masak
Cara membuatnya:
1. Pukul kuning telur, minyak dan air masak.
2. Masukkan gula kastor dan pukul hingga adunan kembang sekali ganda.
3. Masukkan campuran tepung dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gunakan putaran paling perlahan. Don't overbeat.
4. Ambil 1/3 campuran meringue dan masukkan ke dalam adunan kek. Kaup balik. Masukkan lebihan meringue dan kaup balik hingga sebati. Don't overbeat.
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Sebatikan warna tersebut.
UNTUK KRIM KARAMEL
Bahan-bahannya:
3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair
70g gula kastor
Cara membuatnya:
1. Satukan kesemuanya bahan dalam satu mangkuk. Kacau rata. Jangan sampai berbuih. Jika berbuih, karamel mungkin akan merekah selepas siap dibakar nanti.
2. Gunakan penapis dan tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus yang dibuat pada awal tadi.
3. Masa tuang, akan kedengaran seakan bunyi kaca pecah.
ASSEMBLE
1. Masukkan adunan kek yang telah diwarna secara berselang seli. Jika nak bagi jalur nampak jelas, boleh sudukan 6 sudu besar adunan untuk setiap warna. Buat hingga habis.
2. Bakar secara double boil atau bath marie selama 1 jam. (I guna cara bath marie).
3. Gunakan cake tester untuk pastikan kek betul-betul telah masak.
4. Setelah kek masak, tutup api oven. Biarkan kek di dalam oven untuk 10 minit atau hingga tepi kek merekah dari loyang.
5. Setelah 10 minit, keluarkan dan terbalikkan ke dalam pinggan.
6. Jika ada lelehan gula karamel, cepat-cepat lapkan dengan kertas tisu dapur. Ini untuk mengelakkan kek daripada basah.
7. Sejukkan di dalam peti ais
APA YANG ANDA PERLU TAHU
1. Make sure putih telur untuk meringue tidak bercampur dengan kuning telur walaupun sedikit. Kehadiran sedikit kuning telur akan menyebabkan meringue tidak menjadi.
2. Untuk mendapatkan kek yang tinggi dan lapisan karamel yang tebal, gunakan loyang berukuran 8 inci. I gunakan loyang berukuran 10 inci. Hasilnya, lapisan karamel tak tebal tapi tetap la licin kan? Hehehe..
3. Tidak perlu memasak adunan krim karamel tu. Memadai sebatikan semua bahan.
4. Kalau nak gunakan SRF pun boleh. Cuma jangan tambah baking powder.
5. Memadai guna 2 sudu besar gula untuk gula hangus. Gula yang berlebihan akan menyebabkan banyak air gula tumpah ketika kita terbalikkan kek. Jika dah cuba buat resipi ni sekali dan nampak banyak air gula tumpah, boleh kurangkan kandungan gula ketika cubaan kali kedua.
6. Tidak perlu melengser loyang.
Time cuaca panas, memang laju je kek ni masuk tekak. Tak puas makan. Kalau betul caranya, kek ni memang menjadi.
RESIPI KEK PAUN OREN
9 months ago
3 comments:
salam, tmpg snggh kejap dkt cni.. tp nk tnya, karamel 2 kene msk dulu ke? ataupon cmpur skali ngan adunan kek? n 1 lagi, selain bakar, kukus leh x klw wat kek ni.. tq =)
karamel tak perlu dimasak. letak karamel dulu. lps tu baru sudukan adunan kek ke atasnya. adunan tu akan terapung.
jadi masa pukul putih telur, kena pastikan betul2 menjadi. kalau tak, adunan jadi berat dan ia akan bercampur dengan karamel.
kukus boleh juga tapi kek takkan jadi gebu.
TQ ya.. nice 2 meet ur blog =) x sabar nk cuba..
Post a Comment