Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Spaghetti Aglio Olio

Selalunya I suka makan Spaghetti Bolognese. Dulu memang tak pandang Aglio Olio nie sebab nampak sangat tak pedas. Tetapi sejak cuba makan di Marmalade Cafe, terus rasa sedap pulak kalau masak spaghetti macam ni lebih-lebih lagi bila letak banyak buah zaitun yang masam manis tu.

Resipi diambil dari Mat Gebu tapi I tukar sikit la. Tengok apa yang ada kat pantry juga kan? Tapi tetap sedap. My daughter makan sampai licin!

SPAGHETTI AGLIO OLIO


Bahan-bahannya:

1oo gram spaghetti
1 biji bawang holland ~ didadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1/2 biji red capsicum ~ didadu
1/2 camca teh herba Basil ~ jenis kering dalam botol
10 biji buah zaitun hitam
10 ekor udang
1 biji tomato merah ~ didadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang dikisar
Olive oil untuk menumis (bkn jenis EVOO)

Cara Memasak:

1. Didihkan air dalam periuk. Masak spaghetti seperti yang tertulis di paket. Selepas masak, toskan dan letak dalam mangkuk. Tuang sedikit minyak zaitun dan gaul rata. Ketepikan.

2. Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak zaitun untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tomato. Masak hingga tomato lembut.

3. Masukkan udang, buah zaitun dan capsicum. Masak hingga udang berubah warna.

4. Masukkan basil, lada hitam dan garam secukupnya. Masukkan spaghetti tadi dan kacau rasa. Seimbangkan rasa. Tutup api.

5. Sendukkan ke dalam pinggan. Taburkan lada hitam dan tuangkan sedikit olive oil di atasnya. Siap untuk dimakan.

Thursday, December 16, 2010

Jamie Oliver's Spaghetti Carbonara

I love Jamie Oliver. Resipi dia sgt mudah. Pernah tgk show dia? Semuanya main campak-campak kecuali kalau dia buat cake dan pastry la.

I watched him cooking Carbonara in Jamie at Home. Senang je nak buat Carbonara rupanya. Masa tu mmg nak buat tapi tak terbuat-buat.

Sehinggalah setahun lepas tu, baru nak cuba. Hikhik. Senang, ringkas dan sedap resipi dia. Copy paste aje la yer.

SPAGHETTI CARBONARA
Taken from Jamie at Home


Ingredients:

• sea salt and freshly ground black pepper
• spaghetti
• 2 large free-range or organic egg yolks
• 100ml double cream
• 2 good handfuls of freshly grated Parmesan cheese
• olive oil
• 12 thick slices of beef strips
• a small bunch of fresh thyme, leaves picked and chopped, flowers reserved (if you can get hold of flowering thyme)

Put a large pan of salted water on to boil. Your water will now be boiling, so add the spaghetti to the pan and cook according to the packet instructions.

To make your creamy carbonara sauce, put the egg yolks into a bowl, add the cream and half the Parmesan, and mix together with a fork. Season lightly and put to one side.

Heat a very large frying pan (a 35cm one is a good start – every house should have one!), add a good splash of olive oil and fry the pancetta or bacon until dark brown and crisp. Add 2 big pinches of black pepper, not just to season but to give it a bit of a kick. Fry until they have softened slightly.

It’s very important to get this next bit right or your carbonara could end up ruined. You need to work quickly. When the pasta is cooked, drain it, reserving a little of the cooking water. Immediately, toss the pasta in the pan, then remove from the heat and add a ladleful of the reserved cooking water and your creamy sauce. Stir together quickly. (No more cooking now, otherwise you’ll scramble the eggs.)

Get everyone around the table, ready to eat straight away. While you’re tossing the pasta and sauce, sprinkle in the rest of the Parmesan and a little more of the cooking water if needed, to give you a silky and shiny sauce. Taste quickly for seasoning. Eat immediately, as the sauce can become thick and stodgy if left too long.

Tuesday, November 30, 2010

Shrimp Fra Diavolo

"Italians named this dish after the devil because of its fiendishly spicy heat"

I love pasta. Rasanya memasak spaghetti dengan cara ini lebih menyihatkan daripada menggunakan sauce yg dibotolkan atau ditinkan.

SHRIMP FRA DIAVOLO
Taken from Men's Health


Bahan-bahannya:
Udang ~ dibuang kulit dan urat
14oz crushed tomatoes
2 biji bawang putih ~ dicincang
2 sudu kecil red-pepper flakes
Spaghetti
1/2 sudu besar minyak atau olive oil
1 biji bawang besar ~ didadu
1/4 sudu kecil dried oregano
Salt and pepper to taste
2 sudu besar daun parsley yg dicincang

Cara memasak:
1. Spaghetti direbus al dente.
2. Panaskan kuali/pan. Masukkan minyak, bawang putih, bawang besar, red-pepper flakes dan dried oregano. Tumis hingga bawang lembut.
3. Masukkan crushed tomatoes.
4. Masukkan udang.
5. Masukkan garam dan pepper. Masak dlm 3-4 minit.
6. Toskan pasta yg dah dimasak al dente. Masukkan sauce tadi dan gaulkan.
7. Taburkan daun parsley.

Ni resipi sihat kerana ia mengandungi 470 calories, 43 grams (g) protein, 61 g carbohydrates, 8 g fat (1 g saturated), 7 g fiber, 1,075 milligrams sodium.

Walaupun resipi ni dilabelkan "fiendishly spicy heat", rasanya rata-rata rakyat Malaysia takkan rasa ianya pedas. So kalau nak pedas, boleh gunakan 4 sudu kecil red-pepper flakes.

Selamat mencuba!

Monday, June 28, 2010

Spaghetti The Easy Way

Originally from Charming Umi


SPAGHETTI THE EASY WAY

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
Sausages ~ dipotong serong (optional)
1/4 cawan whipping cream ~ optional
1 tin of Prego Sauce
Spaghetti ~ direbus al dente
Meatball ~ digoreng masak

Cara-caranya:
1. Panaskan olive oil. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan sausages (jika nak letak). Masak seketika.
3. Masukkan Prego Sauce. Kacau. Jika ingin lebih berkrim, boleh masukkan 1/4 cawan whipping cream.
4. Masukkan meatball. Kacau rata. Siap utk dihidang.

Nota: Selalunya, saya terus campurkan kuah dgn spaghetti. Kacau rata dan hidang.

Cheezy Broccoli Pasta


CHEEZY BROCCOLI PASTA from Anne

Bahan-bahan:
1 cawan pasta
1 genggam broccoli florets
1 ulas bawang putih - dihiris/dicincang
Sausages (atau apa2 beef strip) - potong ikut suka
100ml cream
Segenggam cheese
Black pepper

Cara memasak:
Celur broccoli. Tak perlu lama sgt. Lepas celur, terus rendam dlm air sejuk utk menghentikan proses dan memastikan warnanya tetap cantik.

Pasta direbus mengikut arahan di paket.

Goreng sausages. Kemudian masukkan bawang putih, broccoli dan cream. Masak dlm seminit dua.

Masukkan pasta yg sudah direbus. Masukkan cheese dan black pepper. Kacau rata. Tekstur patutnya creamy. Kalau terlalu pekat, campurkan sikit dgn air rebusan pasta.

Cheeseburger Chili Mac & Cheese


CHEESEBURGER CHILI MAC & CHEESE by Rachael Ray

Bahan-bahannya:

250g macaroni
400g daging kisar
2 biji bawang besar ~ didadu
Sebatang carrot ~ didadu (optional)
2 sudu besar serbuk cili
1/2 cawan sos cili
1/4 cawan mustard
Secawan stok ayam/daging ~ nak senang, ambil separuh kiub ayam dan hancurkan dlm secawan air.
Salt and pepper
2 sudu besar olive oil / 2 turns
1 mangkuk cheddar keju

Cara memasak:
1. Makaroni direbus al dente. Ikut arahan di pek pembungkusan. Tos dan ketepikan.
2. Panaskan olive oil di kuali / non stick pan.
3. Masukkan daging kisar. Masak hingga perang.
4. Masukkan bawang besar dan carrot. Masukkan garam dan pepper (ambil dlm secubit besar, ala2 mcm chef selalu buat tu). Masukkan serbuk cili.
5. Kacau seketika. Bila bawang dah layu, masukkan sos cili, mustard dan secawan stok ayam/daging.
6. Kacau hingga kuah pekat. Banyak atau sikit kuah bergantung pada anda sendiri.
7. Bila kuah siap, masukkan dlm bekas yg ada makaroni tadi. Kacau rata.
8. Masukkan dlm dish casserole. Tabur keju. Masukkan dlm oven. Masak seketika hingga keju cair dan keperangan.
Related Posts with Thumbnails