Saya mula kena puding roti apabila seorang pakcik memberikan saya satu resipi puding roti 10 tahun yang lalu. Tapi resipi dia memerlukan puding tu dikukus. Tak tertelan dengan tekak masa tu sebab rasa rasanya mcm tak berapa kena dengan saya. Tu la kali pertama saya mkn puding roti.
Masa tu, mmg ingat puding roti kena kukus.
Hinggalah saya terjumpa satu resipi yg memerlukan puding roti tu dibakar. Tertarik dengan bahan-bahan yg digunakan, saya cuba buat dengan menggunakan resipi baru tu.
Wah, jauh sangat beza rasa puding roti yg dikukus dengan yg dibakar. Saya cukup suka resipi kedua tu! Dah byk kali juga saya buat.
Masa balik ke hometown minggu lepas, saya dah bercadang nak buat puding roti. Cuma kali nie, saya cuba buat vanilla sauce utk dimakan bersama dengan puding. Ni sebab dah terjebak tgk puding roti kat hotel. Mesti ada sauce kan? Peach sauce la.. vanilla sauce la.. Utk dibuat di rumah, saya buat vanilla sauce sebab saya mmg suka apa saja yg berasaskan vanilla.
BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUCEBahan-bahan utk puding:2 biji telur ~ dipukul sedikit
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla essence
1/4 sudu kecil nutmeg ~ jika tiada, boleh skip
4 cawan susu ~ dipanaskan sedikit
100 gram mentega ~ dicairkan
2 cawan roti ~ dipotong dadu (lebih kurang sebungkus kecil roti)
Gula perang, kismis dan serbuk kayu manis ~ utk ditaburkan di atas puding
Cara membuat puding:1. Campurkan semua bahan kecuali roti, gula perang, kismis dan serbuk kayu manis.
2. Kemudian, masukkan roti. Kacau rata.
3. Masukkan dlm bekas pembakar atau casserole.
4. Taburkan gula perang, kismis dan serbuk kayu manis di atasnya. Byk-byk pun takpe.
5. Bakar dlm suhu 160 C selama 45 minit.
Nota: Pastikan bekas pembakar tidak terlalu rendah. Semasa puding di dalam oven, puding akan naik sedikit. Jika bekas terlalu rendah, ditakuti puding akan melimpah. Apabila puding dikeluarkan dari oven, puding akan turun ke paras asal.
Bahan-bahan untuk vanilla sauce:1 biji telur ~ dipukul sedikit
1/2 cawan gula
2 cawan susu ~ part milk or whole milk
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar vanilla essence
Cara membuat vanilla sauce:1. Masukkan semua kecuali vanilla essence ke dalam periuk.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau utk memastikan tepung tak bergumpal.
3. Setelah pekat sedikit, masukkan vanilla essence.
4. Setelah mencapai kepekatan yg diingini, tutup api dan ketepikan.
5. Tidak mengapa jika tepung bergumpal. Anda hanya perlu tapiskan sauce tersebut dan anda akan dapat vanilla sauce yg smooth.