Friday, August 6, 2010

Easy Kimchi

Finally, dapat juga saya buat kimchi. Boleh baca ulasan saya tentang kimchi di sini.

Selepas kimchi saya habis, saya teringin nak buat sendiri. Jadi saya gunakan resipi dari Maangchi.com. Maangchi berasal dari Korea dan sekarang menetap di US. Jadi resipi kimchi dia mmg boleh dicop sebagai authentic la kan? She's a friendly lady. Kalau email dia pun, dia akan balas dengan cepat. Nampak peramah di setiap baris ayat.

Utk resipi dia, dia gunakan 10 pounds napa cabbage. Takde la saya nak guna 10 pounds. Banyak tu. Sapa nak mkn kan? 10 pounds bersamaan 4.6kg. Saya hanya beli sebuah napa cabbage seberat 1.5kg.

Kalau nak dapatkan gambaran jelas, boleh ke maangchi.com sebab dia ada video tutorial sekali. Lagi jelas. Saya letak resipi asal dari Maangchi. Utk my kimchi, saya divide by 4 four semua ingredients tu.

EASY KIMCHI

Bahan-bahan utk cabbage:
10 pounds napa cabbage
Secawan garam

Cara membuatnya:
1. Buang daun luar kobis yang layu dan tidak cantik.
2. Belah 4 kobis tersebut, buang core dan potong into bite size pieces.
3. Rendam kobis dlm air seketika. Toskan dan letak dlm besen. Taburkan garam (Letak kobis sikit dlm besen, then tabur garam sikit. Pastu letak lagi kobis dlm besen, then tabur garam lagi. Sila lihat tutorial)
4. Setiap 30 minit, gaul kobis tu agar garam rata. (Total salting time will be 1 1/2 hours. Masa ni boleh la buat kimchi paste)
5. Setelah 1 1/2 jam, basuh kobis sebanyak 3 kali.
6. Tos dan letak tepi.

Bahan utk porridge:
3 cawan air
1/2 cawan sweet rice flour
1/4 cawan gula

1. Masukkan 3 cawan air dan 1/2 cawan sweet rice flour ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan 14/ cawan gula dan kacau hingga translucent.
3. Tutup api dan sejukkan.

Nota: Utk porridge, saya tak gunakan sweet rice flour. Saya gunakan sebiji pear utk 1.5kg kobis.

Bahan utk kimchi paste:
1. Masukkan cold porridge ke dalam mangkuk besar.
2. Masukkan secawan fish sauce, 2.5 cawan hot pepper flakes, secawan crushed garlic, 1-2 sudu besar minced ginger, 1 cup of minced onion. (Saya blend semua guna food processor. Then baru tuang dlm porridge.)
3. Masukkan 10 batang daun bawang yg telah dipotong dan 1/4 cawan carrot yg telah diracik halus. (Saya tambah juga sedikit daun kucai).
4. Kacau rata semuanya.

Untuk menyediakan kimchi:

1. Masukkan kimchi paste ke dalam sebuah besen. Masukkan kobis yg telah ditos. Gaul rata. (Gunakan glove agar tangan tak pijar berapi.. hehe).
2. Setelah siap, masukkan kimchi ke dalam bekas kedap udara atau glass jar.
3. Proses pemerapan akan mengambil masa selama 2 hari.

Nota: Setelah siap, saya rasa mcm sikit pulak kimchi yg saya dapat. Hehehe.. sebab lepas buat, ada 2 org nak rasa. Jadi lepas ketepikan 2 bekas utk mereka, tinggal la sebekas saja utk saya. Next time, saya akan guna 10 pounds napa cabbage :)

5 comments:

animkechik said...

nie ape bende sbnrnye.. aku cm xtau jer ape 2..

animkechik said...

nnt blk sbn, try wt roti tuna sandwich kt home sweet home 2.. nmpk cm sedap giler..

Liz said...

kimchi tu jeruk kobis la. rasa dia masam2 pedas. ko akan rasa x sedap kot sbb x biasa. roti tuna sandwich? malas aku nak uli.kalau ada breadmaker, mau gak aku buat.

dibitz said...

congrats!! ur very first kimchi!
pasni try buat kimchi lobak putih... seriously lagi sedap okkkk.... (utk i la). i bet lagi berkhasiat gak.

Liz said...

dib> xtau la resipi yg i guna ni sama mcm yg u guna. tp i punya lama nak tunggu. sampai skrg x bau masam. hahaha

Related Posts with Thumbnails