Tuesday, June 5, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Japanese Cheesecake tak macam "adik beradik" dia yang lain. Japanese Cheesecake tak perlu ada crust/base. Jumlah cream cheese tu tak perlu gunakan banyak. Memadai guna 250g, kita dah boleh rasa cheese nya. Paling ketara, Japanese Cheesecake memerlukan kita memukul putih telur yang banyak dan kek ini juga menggunakan cornstarch.

Hasilnya... It's super, super fluffy!! I fall in love with it instantly!

Hmmm, terfikir juga macam mana Jusco boleh jual kek ni dengan harga RM10 sahaja. Kalau korang cuba buat sendiri, memang tak dapat letak kos bawah RM10. Apa agaknya Jusco letak dalam kek dia? Leavening agent?

 
Isk.. gambar pun dah nampak kegebuannya 



Cara nak buatnya senang saja. Tapi kena make sure egg whites dipukul hingga soft peak (bukan stiff peak ye). Kalau ikut betul-betul, insya Allah menjadi. 

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Bahan A:
250g cream cheese (dibiarkan dalam suhu bilik)
50g butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon (jangan gunakan lemon essence)
1/4 sudu kecil garam
60g tepung kek/superfine
20g tepung jagung

Bahan B:
140g gula
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon

Cara membuatnya:

1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah mencair, sejukkan adunan tadi.

2. Kemudian campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam aduna cream cheese tadi. Gaul sebati.

3. Step ni takde dalam resipi asal tapi ada blogger yang sarankan buat macam ni. I ikut dan hasilnya kek lebih halus teksturnya. Ok, lepas tu, tapiskan adunan tu dengan menggunakan sieve. Anda akan dapat adunan yang tidak berketul-ketul.(Adunan A)

4. Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan jus lemon hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul dengan high speed. Pukul hingga menjadi soft peak. Di 3 minit terakhir, pukul dengan medium speed. (Adunan B)

5. Campurkan adunan A ke dalam adunan B. Kaup balik hingga sebati. Jangan overbeat. Step 4 dan 5 akan memastikan kek ni menjadi atau tak.

6. Tuang adunan ke dalam loyang kek berukuran 8 inci atau 9 inci yang telah digris dan disalut dengan baking paper. 

7. Bakar kek di dalam oven (yang telah dipanaskan terlebih dahulu ke suhu 160 darjah celcius) dengan menggunakan kaedah bain marie selama sejam. Jika permukaan kek tidak keperangan, tambahkan masa membakar. Jika menggunakan oven elektrik, bakar menggunakan api bawah sahaja. 5 minit terakhir, gunakan api atas bawah.

8. Setelah siap dibakar, biarkan kek di dalam oven selama setengah jam sebelum dikeluarkan. Kek akan mengecut di tepi dan turun sedikit di atas. Ini normal. Tapi kalau turun sangat, maknanya kek tidak menjadi. Teruskan mencuba :)

Tuesday, April 17, 2012

Pavlova lagi

Resipi pavlova kali ni I dapat dari kak Irma. Thanks kak kerana sudi memberi ilmu. Bahannya lebih kurang dan caranya membuatnya memang sama macam resipi yang I pernah guna.

Cuma kali ni terasa debarannya sebab first time membakar guna elektrik oven. Bakar kek dah selalu, bakar pavlova memang tak pernah.

Alhamdulillah menjadi.

Untuk resipi ni, kak Irma gunakan 4 biji putih telur, satu cawan gula castor, 1/2 sudu kecil esen vanilla, 1/2 sudu teh cuka makan dan 1/2 sudu besar tepung jagung.

Cara membuatnya sama juga.

1. Panaskan oven dengan suhu 140 darjah.
2. Pukul putih telur dengan menggunakan low speed sehingga menjadi soft peak.
3. Masukkan gula sesudu demi sesudu dan pukul dengan high speed hingga menjadi thick and glossy.
4. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
5. Masukkan cuka dan tepung jagung. Gaul sebati menggunakan senduk kayu.
6. Tuangkan ke atas parchment paper dan bentukkan pavlova.
7. Turunkan suhu ke 130 darjah dan bakar pavlova selama sejam (bergantung kepada oven masing-masing)

Apabila siap, bahagian luar pavlova akan sedikit gelap dan rapuh apabila disentuh.

Hiaskan bahagian atas dengan non dairy whipping cream yang telah diputar kaku bersama buah-buahan.

Monday, April 16, 2012

Chocolate Covered Marshmallow

Sorry kerana blog ni dah lama terabai sebab tuan tanah sangat busy. Masaknya hari-hari tapi update nye tidak. Alhamdulillah, tempahan kek semakin mencurah masuk.

Baru-baru ni kami ada menghadiri satu birthday party. Jadi I berhajat sangat nak bawa sesuatu. Fikir punya fikir, I buatkan sesuatu untuk kanak-kanak. I taknak makanan yang terlalu manis untuk mereka. Biar makanan tu boleh menarik perhatian mereka.

So I buat Chocolate Covered Marshmallow.


Nak buatnya tak susah tapi agak leceh dan memakan masa. Tapi bila dah siap, rasa macam puas hati sangat tengok hasilnya.

Bahan-bahannya:

Lollipop sticks
Marshmallow ~ Elok beli jenis jumbo dan pastikan ia halal ye
Chocolate ganache
Colourful sprinkles
Bekas untuk memacakkan lollipop

Cara membuatnya:

Macam I cakap, nak buat ni senang tapi leceh. So pastikan korang ada tempat yang sedikit luas.
Pastikan semua peralatan berada di posisi agar tak berkecah tempat tu dibuatnya :)

1. Buat chocolate ganache. Actually, ada banyak cara untuk buat chocolate ni. Tapi I gunakan chocolate ganache saja.

2. Kemudian, celupkan hujung stick ke dalam chocolate ganache dan cucukkan ia dengan marshmallow. Ini bertujuan agar marshmallow tak senang tercabut masa kita celupkan ia ke dalam chocolate nanti.


3. Biarkan sekejap.


4. Kemudian, celupkan marshmallow satu persatu. Lepas angkat dari chocolate tu, pusing-pusingkan marshmallow agar tidaklah ia nampak sememeh sangat. Barulah nampak elok je rata coklat tu tercelup.

5. Pacakkan ia ke dalam tempat yang disediakan. I guna cara senang. I guna cawan yang dipenuhi beras.

Sampai step ni memang agak messy la juga.
Perlukan kesabaran. Next time, I nak cucuk kat polisterin je la.

6. Setelah coklat set, taburkan dengan colourful sprinkles untuk dapatkan corak yang cantik.


Walaupun agak leceh tapi I rasa marshmallow ni sesuai disediakan di party yang melibatkan kanak-kanak. Mereka cepat tertarik dengan benda yg berwarna warni.

Wednesday, February 8, 2012

Chocolate Raspberry Pavlova

Ada cerita di sebalik resipi ini.

5 tahun lepas, I dapat buku resipi Nigella Lawson di hari perkahwinan. Kawan-kawan memang tau I suka Nigella Lawson dan Jamie Oliver. Masa kahwin tu, 2-2 buku I dapat. Happy sangat sebab buku diorang kan mahal.

Bila belek buku Nigella Lawson, ternampak resipi ni. Sesuatu yang baru sebab selama ni, I makan pavlova biasa yang berwarna cream tu je. Mesti sedap kalau dah ada chocolate kan?

Tapi tak juga cuba :p

Hinggalah sorang kawan blogger buat pavlova baru-baru ni. Terus teringat dark chocolate dan cocoa powder kat rumah. Tinggal beli raspberry je. Balik dari bawa anak ke zoo, terus buat chocolate raspberry pavlova.

Gambar sedikit off sebab gambar yg I ambil awal-awal tu, tak tabur chocolate shaved lagi. Lepas dah makan separuh, baru sedar. Ahaks, so tabur-tabur.. terus snap. Maka rupanya tidak mengancam tapi rasa memang mengancam. Kira mengancam la kot sebab hubby dan anak berebut makan!

Here is the recipe.

Chocolate Raspberry Pavlova by Nigella Lawson


Bahan-bahan untuk meringue:

6 biji telur - guna jenis LARGE
2 cawan gula kastor
3 sudu besar cocoa powder - sifted
1 sudu kecil cuka makan
2 oz dark chocolate - hiris halus

Bahan-bahan untuk topping:

2 cawan heavy cream
Raspberries
Chocolate shaved

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah. Sediakan baking sheet. Lukiskan bulatan berdiameter 9 inci di atas kertas. Kalau taknak pun takpe. Bila meringue dah dituang nanti, pandai-pandai la buat bulatan. Kalau dah lukis, terbalikkan baking sheet agar adunan tak kena kesan pensil tu :)

2. Pukul putih telur hingga menjadi foam peak. Kemudian, terus pukul adunan sambil masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga adunan menjadi kental dan berkilat.

3. Taburkan cocoa powder, dark chocolate yang telah dihiris halus dan cuka makan. Kaup balik perlahan-lahan hingga adunan sebati.

4. Setelah sebati, tuang ke atas baking sheet. Buatkan ia jadi bentuk bulatan. Licinkan bahagian tepi dan atas dengan menggunakan spatula.

5. Masukkan ke dalam oven dan terus turunkan suhu ke 150 darjah. Bakar selama sejam 15 minit. Apabila siap, pavlova akan kelihatan keras di bahagian luar tetapi lembut di bahagian dalam.

6. Tutup oven. Bukan sedikit pintu oven dan biarkan pavlova di dalam oven sehingga betul-betul sejuk.

7. Sebelum menghidang, pukul heavy cream hingga kental. Agak lama juga nak pukul ni. Pukul je sampai jadi =)

8. Setelah siap, sapukan ia ke atas pavlova. Susun buah raspberry dan taburkan chocolate shaved di atasnya.

Monday, January 30, 2012

Oreo Milkshake

Kat rumah ni, jarang nak beli ice cream. Memang tak ajar anak makan ice cream sangat. Kalau dia nak makan, ada la 1-2 kali dalam sebulan. Kena tunggu dia besar dan boleh fikir secara rasional, baru la boleh bagi dia makan ice cream. Kalau sekarang, mau tiap-tiap hari dia nak makan.

Recently, I bought a pint of vanilla ice cream. Tekak terasa nak makan. Alang-alang, terus beli bekas besar. Dalam hati, "Wah, ni boleh la buat Oreo Milkshake camni".

And yes, I buat malam tadi. Saja je nak menyambut hubby yang baru pulang dari Terengganu. Kesian dia. Malam baru sampai rumah. Lapar pulak tu. Nasib baik I dah masakkan lauk kegemaran dia. Tambah pulak, goreng keropok lekor. Sedap!

Oreo Milkshake


Bahan-bahannya:

250ml susu full cream (change to low fat milk for a healthier version)
8 sudu aiskrim vanilla
8 keping Oreo

Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemuanya di dalam mesin pengisar.
2. Blend hingga semuanya sebati.
3. Tuang ke dalam gelas yang disediakan.
4. Boleh hancurkan sedikit Oreo untuk ditabur di atasnya.

Minuman macam ni kena terus diminum. Yummy! Kalau nak feel macam minum ice blended, hanya tambahkan ais ketika kisar semua bahan tersebut.

Thursday, January 12, 2012

Steam Eggs

Ahaks, nama juadah yang telah di Inggeris kan.. semacam je bunyinya.

Ni telur steam... telur kukus. Sama je. Resipi dapat dari CMG. Thank you. Dah lama nak cuba tapi masa tu takde pengukus. Bila dah ada ni, cepat-cepat buat sebab nak tau apa rasanya.

Memang sedap! Next time nak tambah cili lebih sikit. Bagi pedas sikit.

STEAM EGGS


Bahan-bahannya:

3 biji telur
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 biji cili merah ~ dibuang biji dan dipotong dadu
1 biji tomato ~ dibuang biji dan dipotong dadu
Daun bawang secukupnya ~ dihiris pendek (I guna daun kuchai je)
Garam secukup rasa
Secubit gula
Secubit lada hitam
Satu sudu besar minyak masak
Potongan ayam (I guna udang je. Potong kecil-kecil)

Cara-caranya:

1. Panaskan pengukus. Sementara tunggu air kukusan menggelegak, satukan kesemua bahan dalam satu bekas.
2. Lengserkan bekas atau ramekin dengan butter atau minyak masak. Tuang adunan telur ke dalam bekas.
3. Kukus selama 10 minit dengan menggunakan api besar. Siap untuk dihidang.

Boleh makan begitu sahaja. Boleh makan cicah sos. Boleh juga dimakan bersama nasi. Ikut tekak masing-masing nak makan macam mana. Janji masuk dalam perut :)

Tuesday, January 3, 2012

Kek Karamel Pelangi

Dapur orang lain dah banyak hasilkan kek nie. I baru nak buat. Kalau orang lain dapat resipi ni dari Internet, I pula lain ceritanya. I rasa kek ni dulu. I teringin nak buat sendiri. Kalau orang jual, harganya memang mahal sebab termasuk service charge. Bila buat sendiri, lebih rasa puas hati bila kek licin dalam masa yang singkat.

Terima kasih kepada tuan punya resipi. Tak sure resipi asal dari mana tapi rasanya ramai mencuba bila resipi ni dikongsi di WHI. Resipinya bila dibaca rasa panjang berjela dan nampak rumit tapi sebenarnya tidak.

Kek Karamel Pelangi from Delima Catering


UNTUK GULA KARAMEL

2 sudu besar gula

~ Masukkan ke dalam loyang pembakar. Panaskan di atas api. Biarkan hingga gula cair dan berwarna perang. Tak perlu dikacau. Make sure gula tidak terlalu perang. Kalau terlalu masak, gula akan pahit. Lepas cair, tutup api dan ratakan gula di seluruh dasar loyang. Biarkan sejuk seketika.

UNTUK MERINGUE
Bahan-bahannya:

6 biji putih telur
70g gula kastor
1 sudu teh cream of tartar (atau boleh ganti dengan 1 sudu teh cuka)

Cara membuatnya:

1. Pukul putih telur hingga kembang.
2. Masukkan cream of tartar. Pukul seketika.
3. Masukkan gula kastor. Pukul hingga kembang dan glossy. Jika adunan diterbalikkan, ia tidak tumpah. Itu menunjukkan aduna meringue dah siap. Ketepikan.

UNTUK KEK
Bahan-bahannya:

140g tepung gandum
3 biji kuning telur
70g gula kastor
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak
135ml air masak

Cara membuatnya:
1. Pukul kuning telur, minyak dan air masak.
2. Masukkan gula kastor dan pukul hingga adunan kembang sekali ganda.
3. Masukkan campuran tepung dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gunakan putaran paling perlahan. Don't overbeat.
4. Ambil 1/3 campuran meringue dan masukkan ke dalam adunan kek. Kaup balik. Masukkan lebihan meringue dan kaup balik hingga sebati. Don't overbeat.
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Sebatikan warna tersebut.

UNTUK KRIM KARAMEL
Bahan-bahannya:

3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair
70g gula kastor

Cara membuatnya:
1. Satukan kesemuanya bahan dalam satu mangkuk. Kacau rata. Jangan sampai berbuih. Jika berbuih, karamel mungkin akan merekah selepas siap dibakar nanti.
2. Gunakan penapis dan tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus yang dibuat pada awal tadi.
3. Masa tuang, akan kedengaran seakan bunyi kaca pecah.

ASSEMBLE

1. Masukkan adunan kek yang telah diwarna secara berselang seli. Jika nak bagi jalur nampak jelas, boleh sudukan 6 sudu besar adunan untuk setiap warna. Buat hingga habis.
2. Bakar secara double boil atau bath marie selama 1 jam. (I guna cara bath marie).
3. Gunakan cake tester untuk pastikan kek betul-betul telah masak.
4. Setelah kek masak, tutup api oven. Biarkan kek di dalam oven untuk 10 minit atau hingga tepi kek merekah dari loyang.
5. Setelah 10 minit, keluarkan dan terbalikkan ke dalam pinggan.
6. Jika ada lelehan gula karamel, cepat-cepat lapkan dengan kertas tisu dapur. Ini untuk mengelakkan kek daripada basah.
7. Sejukkan di dalam peti ais

APA YANG ANDA PERLU TAHU

1. Make sure putih telur untuk meringue tidak bercampur dengan kuning telur walaupun sedikit. Kehadiran sedikit kuning telur akan menyebabkan meringue tidak menjadi.
2. Untuk mendapatkan kek yang tinggi dan lapisan karamel yang tebal, gunakan loyang berukuran 8 inci. I gunakan loyang berukuran 10 inci. Hasilnya, lapisan karamel tak tebal tapi tetap la licin kan? Hehehe..
3. Tidak perlu memasak adunan krim karamel tu. Memadai sebatikan semua bahan.
4. Kalau nak gunakan SRF pun boleh. Cuma jangan tambah baking powder.
5. Memadai guna 2 sudu besar gula untuk gula hangus. Gula yang berlebihan akan menyebabkan banyak air gula tumpah ketika kita terbalikkan kek. Jika dah cuba buat resipi ni sekali dan nampak banyak air gula tumpah, boleh kurangkan kandungan gula ketika cubaan kali kedua.
6. Tidak perlu melengser loyang.

Ni masa buat kali pertama. Adunan kek nampak bercampur dengan karamel.

Time cuaca panas, memang laju je kek ni masuk tekak. Tak puas makan. Kalau betul caranya, kek ni memang menjadi.

Friday, December 16, 2011

Chocolate Cheese Cake

Chocolate cheese cake ni I buat masa Hari Raya Aidiladha bulan lepas. Sambil makan-makan, terus terfikir nak sambut hari lahir adik yang jatuh pada hari yang sama. Semua orang busy sediakan juadah raya. Jadi, deco utk cake ini sangat simple. Yang penting sedap, betul tak? Sekejap dah habis.

This chocolate cheese cake is a mousse type. Tak terlalu keras tapi tak juga terlalu lembut. A hint of lemon kat dalam kek membuatkan kek tidak terasa begitu muak.



Chocolate Cheese Cake



Base
1 (250 g) packet plain sweet biscuits (cookies)
1 teaspoon cinnamon
2 teaspoons cocoa
5 1/2 ounces butter (melted)

Filling
1 tablespoon gelatine
1/2 cup boiling water
250 g cream cheese
3/4 cup caster sugar
1 lemon (squeezed)
300 ml cream (lightly whipped to soft peaks)
175 g dark chocolate (melted)

Directions:
1. Base: Crush biscuits in food processor and add the cinnamon and cocoa, pulsing briefly. Now add the melted butter and pulse to blend.
2. Press into a round 9 1/2 inch springform tin and put in refrigerator while making the filling.
3. Filling: Dissolve gelatine in boiling water and set aside.
4. Beat cream cheese and sugar till smooth and glossy. Add lemon juice, beating briefly.
5. Then gently fold in whipped cream by hand also adding the slightly cooled, dissolved gelatine mixture.
6. Lastly add in the melted chocolate, whisking quite quickly to blend with the other ingredients. Pour onto base and leave to set in refrigerator for at least 2 hours. Decorate with shaved chocolate. Red glacé cherries also make a lovely addition to the presentation.

Monday, December 12, 2011

Ayam Goreng Berempah


Kadang-kadang, bosan juga bila asyik ulang lauk yang sama. So minggu lepas, keluarkan 2-3 buah Majalah Rasa dan bagi hubby tengok. Dia pilih Ayam Goreng Berempah.

Resipi senang macam ni memang sesuai untuk kita yang sibuk bekerja. Ringkas dan sedap.

Ayam Goreng Berempah
diambil dari Majalah Rasa

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam
100g serbuk kari
3 tangkai daun kari
1 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
Garam secukup rasa

Dikisar halus:

6 batang serai
10 biji bawang kecil
5 biji bawang putih
10g halia
10g lengkuas
2 sudu besar biji ketumbar

Cara memasak:
1. Gaulkan semua bahan-bahan (kecuali daun kari) hingga sebati. Perap selama 15 minit.
2. Panaskan minyak yang banyak untuk menggoreng. Goreng ayam tersebut bersama daun kari.
3. Sedia untuk dihidang.

Friday, December 2, 2011

Sambal tumis pekat sotong

Rasanya semua orang tahu masak sambal tumis kan? Perasan tak, kalau kita buat sambal tumis sotong, kuah akan sedikit berair? Kalau nak pekat, kita kena masak lama sikit. Tapi masak lama sangat pun tak boleh. Nanti sotong tu dah terlebih masak.

I ada dapat satu petua dari seorang blogger. Maaf, lupa siapakah namanya. Sebenarnya, ia bukan petua. Cuma dia share resipi sambal tumis sotong dia. Yang menariknya, dia letakkan sedikit gula melaka. Dapatlah kuah yang pekat tetapi tidak manis.

I fall in love with this method sebab memang menarik rupa sambal sotong tu. Hehehe.

Sambal Tumis Pekat Sotong


Bahan-bahannya:

Sotong ~ disiang dan dibersihkan
Cili kering ~ dikisar halus
Bawang besar ~ dihiris kasar
Satu sudu besar gula pasir
Sedikit hirisan gula melaka
Garam secukup rasa

Ada orang blender kan sekali bawang kecil dan bawang putih bersama cili kering. Terpulang pada tukang masak. I punya sambal tumis jenis simple tapi rasa tetap sama.

Cara memasak:

1. Tumis cili kering yang telah siap dikisar. Api biar perlahan. Jangan nak cepat je. Bila dimasak dengan api perlahan, rasanya lebih sedap. Eventhough letih la nak mengacau selalu agar tak berkerak. Kalau taknak cili tu memercik sangat, terus masukkan garam masa ni.

2. Bila sambal dah masak, masukkan hirisan bawang besar. Tumis seketika hingga bawang sedikit layu.

3. Masukkan gula pasir. Kacau. Masukkan sotong dan masak seketika.

4. Bila sotong hampir masak, masukkan hirisan gula melaka. Masak hingga kuah pekat. Tutup api. Siap untuk dihidang.

Friday, October 28, 2011

Spaghetti Aglio Olio

Selalunya I suka makan Spaghetti Bolognese. Dulu memang tak pandang Aglio Olio nie sebab nampak sangat tak pedas. Tetapi sejak cuba makan di Marmalade Cafe, terus rasa sedap pulak kalau masak spaghetti macam ni lebih-lebih lagi bila letak banyak buah zaitun yang masam manis tu.

Resipi diambil dari Mat Gebu tapi I tukar sikit la. Tengok apa yang ada kat pantry juga kan? Tapi tetap sedap. My daughter makan sampai licin!

SPAGHETTI AGLIO OLIO


Bahan-bahannya:

1oo gram spaghetti
1 biji bawang holland ~ didadu
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1/2 biji red capsicum ~ didadu
1/2 camca teh herba Basil ~ jenis kering dalam botol
10 biji buah zaitun hitam
10 ekor udang
1 biji tomato merah ~ didadu
Garam secukup rasa
Lada hitam yang dikisar
Olive oil untuk menumis (bkn jenis EVOO)

Cara Memasak:

1. Didihkan air dalam periuk. Masak spaghetti seperti yang tertulis di paket. Selepas masak, toskan dan letak dalam mangkuk. Tuang sedikit minyak zaitun dan gaul rata. Ketepikan.

2. Di dalam kuali, panaskan sedikit minyak zaitun untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tomato. Masak hingga tomato lembut.

3. Masukkan udang, buah zaitun dan capsicum. Masak hingga udang berubah warna.

4. Masukkan basil, lada hitam dan garam secukupnya. Masukkan spaghetti tadi dan kacau rasa. Seimbangkan rasa. Tutup api.

5. Sendukkan ke dalam pinggan. Taburkan lada hitam dan tuangkan sedikit olive oil di atasnya. Siap untuk dimakan.

Tuesday, July 26, 2011

Pavlova with fresh strawberries

To read my story about pavlova, read here.

Pencuci mulut ni dah semakin terkenal sejak akhir-akhir ni kan? Kalau I sebut 'pavlova' 3 tahun lepas, rata-rata tak pernah dengar nama tu. Tapi kalau I sebut sekarang, ada juga yg dah tau camne rupa pavlova nie dan di mana mereka boleh mendapatkannya.

Pavlova is easy to make. Bahannya tak susah dicari. Insya Allah, mmg ada kat dapur korang. So you can make it anytime.

Kak Min ada tunjuk step by step nak buat pavlova. Kalau korang tak pernah tau atau tengok di TV, better check her page to get a general view about it. Generally, apa yg kak Min tulis kat situ mmg kena ikut.


Pavlova

General tips to follow:

1. Make sure telur berada dalam suhu bilik. Kalau telur disimpan di dalam peti ais, keluarkan ia pada waktu malam jika nak buat pavlova keesokan harinya.
2. Asingkan putih dan kuning telur dengan berhati-hati. Sedikit kehadiran kuning telur akan merosakkan adunan.
3. Make sure mangkuk adunan dan perkakasan bersih dan tiada setitik air pun. Lepas basuh telur, lap dulu telur tu sampai kering. Lepas tu, baru la crack the egg utk asingkan putih dan kuning telur.
4. Egg white is a pure protein. Seeloknya pukul putih telur dengan speed perlahan. Kemudian, naikkan speed sedikit demi sedikit.

Dah faham? Ok, jom tengok bahan-bahannya:

4 biji telur Gred A (59g setiap biji. Kalau tak sure, timbang telur dan dapatkan jumlah berat yg dikehendaki. I pakai 5 biji tekur Gred B)

Satu cawan gula caster (boleh kurangkan kepada 3/4 cawan kalau taknak manis)
3 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar (20ml) cuka makan

Cara membuatnya:

1. Preheat the oven to 150 darjah celcius.

2. Line the baking tray with baking paper.

3. Asingkan putih dan kuning telur. Ambil putih telur sahaja.

4. Pukul putih telur. Elok guna electric mixer agar tak penat sebab lama juga nak pukul adunan tu nanti. Saya mulakan dengan speed paling rendah hingga putih telur mula mengembang.

5. Kemudian, masukkan gula caster. Jangan tuang semua. Sebaliknya, masukkan satu sudu. Kemudian, pukul lagi. Masuk sesudu gula, pukul lagi. Buat sehingga habis. Masa ni dah boleh naikkan speed.

6. Setelah semua gula dimasukkan, terus pukul hingga adunan menjadi glossy/licin dan likat. (Boleh tengok gambar di blog kak Min). Untuk make sure adunan tu dah betul-betul menjadi, korang boleh terbalikkan mangkuk tu.. kalau adunan tak jatuh, mmg dah siap la tu :)

7. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gently fold into the mix using spoon.

8. Tuang adunan ke baking tray. Ratakan ikut bentuk yg korang nak. Buat mcm bentuk kolam sikit kat tengah-tengah utk dihias dengan topping lepas siap nanti.

9. Bakar dalam 50 minit.

10. Lepas siap, biarkan pavlova dalam oven hingga oven betul-betul sejuk. Buka sedikit pintu oven tu. Ini akan membuatkan bahagian luar pavlova mengeras dan merapuh.

Pavlova boleh dibiarkan di dalam oven untuk semalaman. Macam I, I buat waktu malam. So pagi tu keluarkan dari oven dan terus decorate dengan whipping cream dan fresh strawberries.

Untuk topping, memadai hias dengan whipping cream dan fresh fruit. Tapi I tengok food blogs di luar negara, mereka lebih suka hias dengan berry sauce. Sedap juga rasanya. Untuk resipi dari bloggers luar, boleh check blog Elise dan Anne.

Please bare in mind. Ini bukan meringue. Bukan juga cake. Pavlova ni rapuh di luar dan lembut di tengah-tengah. So kalau korang cuba resipi ni dan tengok hasilnya tiba-tiba mcm nak pecah ke, jangan risau. Itu mmg ciri-ciri pavlova. Pavlova ni bila korang letak kat tray, elok je tinggi. Tapi bila keluarkan dari oven, sometimes, dia akan 'turun'. Tak perlu risau. Memang mcm tu. Kalau bahagian tengah tu dah 'turun', just fill in the space with your yummy toppings!

Wednesday, May 18, 2011

Colourful custard pudding


Last Monday, I kena bawa sedikit makanan utk majlis Hari Guru di nursery anak. So teringin nak cuba buat this Colourful Custard Pudding. Resipi ni dari Lady. Thanks for sharing this nice recipe. It was a hit! Maybe sebab warnanya colourful so budak-budak suka.

Resipi ni I ada tambah sikit-sikit sebab ada measurement yg Lady tak letak. I juga tak rendam agar-agar tu selama 15 minutes.

Taken from Lady's blog entry :Colourful Custard Pudding

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali
1 tin susu cair
Pewarna kuning, merah, dan hijau (nak warna apa-apa pun boleh)
2 sudu besar tepung custard(bancuh dengan 5 sudu air)
Gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
Air

Cara-cara:

UNTUK AGAR-AGAR 3 WARNA:
1. Didihkan 350ml air di dalam periuk dan masukkan 1/3 agar-agar. Masak hingga hancur.
2. Masukkan 3 sudu besar gula pasir dan kacau hinga larut.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian. Letak pewarna pada setiap bahagian. Kacau sedikit.
4. Tuang dan tapis ke dalam mangkuk leper. Sejukkan di dalam peti ais.
5. Setelah keras, potong kecil agar-agar tadi. Ketepikan.

UNTUK CUSTARD:
1. Didihkan 500 ml air dan masukkan 2/3 agar-agar. Masak hingga hancur.
2. Masukkan 2 senduk gula dan kacau hingga larut.
3. Masukkan 1 tin susu cair. Dikacau hingga mendidih.
4. Kemudian, masukkan bancuhan custard dan esen vanilla. Kacau hingga likat.
5. Tutup api. Tuang dan tapis ke dalam loyang/bekas.
6. Terus taburkan agar-agar 3 warna tadi. Sejukkan di dalam peti ais.

Thursday, December 16, 2010

Jamie Oliver's Spaghetti Carbonara

I love Jamie Oliver. Resipi dia sgt mudah. Pernah tgk show dia? Semuanya main campak-campak kecuali kalau dia buat cake dan pastry la.

I watched him cooking Carbonara in Jamie at Home. Senang je nak buat Carbonara rupanya. Masa tu mmg nak buat tapi tak terbuat-buat.

Sehinggalah setahun lepas tu, baru nak cuba. Hikhik. Senang, ringkas dan sedap resipi dia. Copy paste aje la yer.

SPAGHETTI CARBONARA
Taken from Jamie at Home


Ingredients:

• sea salt and freshly ground black pepper
• spaghetti
• 2 large free-range or organic egg yolks
• 100ml double cream
• 2 good handfuls of freshly grated Parmesan cheese
• olive oil
• 12 thick slices of beef strips
• a small bunch of fresh thyme, leaves picked and chopped, flowers reserved (if you can get hold of flowering thyme)

Put a large pan of salted water on to boil. Your water will now be boiling, so add the spaghetti to the pan and cook according to the packet instructions.

To make your creamy carbonara sauce, put the egg yolks into a bowl, add the cream and half the Parmesan, and mix together with a fork. Season lightly and put to one side.

Heat a very large frying pan (a 35cm one is a good start – every house should have one!), add a good splash of olive oil and fry the pancetta or bacon until dark brown and crisp. Add 2 big pinches of black pepper, not just to season but to give it a bit of a kick. Fry until they have softened slightly.

It’s very important to get this next bit right or your carbonara could end up ruined. You need to work quickly. When the pasta is cooked, drain it, reserving a little of the cooking water. Immediately, toss the pasta in the pan, then remove from the heat and add a ladleful of the reserved cooking water and your creamy sauce. Stir together quickly. (No more cooking now, otherwise you’ll scramble the eggs.)

Get everyone around the table, ready to eat straight away. While you’re tossing the pasta and sauce, sprinkle in the rest of the Parmesan and a little more of the cooking water if needed, to give you a silky and shiny sauce. Taste quickly for seasoning. Eat immediately, as the sauce can become thick and stodgy if left too long.

Tuesday, November 30, 2010

Shrimp Fra Diavolo

"Italians named this dish after the devil because of its fiendishly spicy heat"

I love pasta. Rasanya memasak spaghetti dengan cara ini lebih menyihatkan daripada menggunakan sauce yg dibotolkan atau ditinkan.

SHRIMP FRA DIAVOLO
Taken from Men's Health


Bahan-bahannya:
Udang ~ dibuang kulit dan urat
14oz crushed tomatoes
2 biji bawang putih ~ dicincang
2 sudu kecil red-pepper flakes
Spaghetti
1/2 sudu besar minyak atau olive oil
1 biji bawang besar ~ didadu
1/4 sudu kecil dried oregano
Salt and pepper to taste
2 sudu besar daun parsley yg dicincang

Cara memasak:
1. Spaghetti direbus al dente.
2. Panaskan kuali/pan. Masukkan minyak, bawang putih, bawang besar, red-pepper flakes dan dried oregano. Tumis hingga bawang lembut.
3. Masukkan crushed tomatoes.
4. Masukkan udang.
5. Masukkan garam dan pepper. Masak dlm 3-4 minit.
6. Toskan pasta yg dah dimasak al dente. Masukkan sauce tadi dan gaulkan.
7. Taburkan daun parsley.

Ni resipi sihat kerana ia mengandungi 470 calories, 43 grams (g) protein, 61 g carbohydrates, 8 g fat (1 g saturated), 7 g fiber, 1,075 milligrams sodium.

Walaupun resipi ni dilabelkan "fiendishly spicy heat", rasanya rata-rata rakyat Malaysia takkan rasa ianya pedas. So kalau nak pedas, boleh gunakan 4 sudu kecil red-pepper flakes.

Selamat mencuba!

Thursday, November 4, 2010

Ayam Masak Merah

My last post was on Sept 27, 2010. Sorry sgt sbb jarang update. Hikhik. Blog lagi 2, boleh pulak update hari-hari eh.

Ok la, saya nak share satu lagi resipi. Saya sgt gemar mkn ayam masak merah. Kalau kenduri kahwin tapi takde ayam masak merah, rasa mcm kurang berseri pulak.

Resipi ni dari dapur Ummi. Suka sgt refer resipi kat sana sbb sesuai dengan tekak kami sekeluarga yg sukakan makanan pedas.

Presentation dlm gambar agak out tp rasa tetap sedap!


AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (Dipotong dan dibersihkan. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak).
3 senduk cili kisar yg telah dicampur dengan bawang merah dan bawang putih
1/2 botol sos tomato Aminah Hassan

Bahan tumis:
3 ulas bawang putih ~ diketuk
2 ulas bawang merah ~ ditumbuk kasar
1 inci halia ~ diketuk
2 batang serai ~ diketuk
1 kulit kayu manis
1 sudu kecil buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Sedikit gula dan garam
1 cawan air ~ untuk kuah
1 labu bawang besar ~ dihiris
Buah tomato / nenas ~ jika perlu
Sedikit daun bawang utk hiasan
Sedikit minyak utk menumis

Cara memasak:
1. Panaskan kuali dengan lebihan minyak goreng ayam tadi. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia.
2. Bila dah wangi, masukkan cili kisar dan kacau. Masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau dan biar cili garing.
3. Masukkan air dan kacau. Tambah air jika inginkan kuah yg banyak. Kacau sebentar.
4. Masukkan sos tomato dan kacau hingga kuah pekat.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Bila dah pekat, masukkan bawang besar dan ayam goreng. Kacau rata.
7. Masukkan tomato/nenas jika perlu. Sebatikan ayam dengan kuah.
8. Biarkan sedikit pekat. Angkat dan hidangkan.

Monday, September 27, 2010

Daging Prun

Maaflah kepada semua. Blog ni dah lama tak di update eventhough dapur kat rumah masih berasap. Masak biasa-biasa je. Jadi, tak terasa nak update kat sini.

Ni resipi yg saya baru cuba. Dah 2 kali saya buat. Tu pun sebab ada stok prun kat dapur. Resipi saya gali dari dapur Ummi.

Lauk di sedap dimakan dengan nasi minyak. Tapi kalau mkn dgn nasi putih pun, sedap jugak.


DAGING PRUN


Bahan-bahannya:
600gram daging ~ dipotong nipis
1/2 cawan buah Sunsweet Prun ~ dimesin halus dengan sedikit air
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari daging
4 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
4 ulas bawang putih ~ dihirs
10 ulas bawang merah ~ dihiris
2 inci halia ~ dihiris halus

Cara memasak:
1. Daging dibersihkan dan digaulkan dengan sos tomato, rempah kari, cili mesin dan kicap pekat.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dihiris sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan air. Biarkan masak hingga daging lembut.
4. Masukkan buah prun dan garam. Biarkan hingga kuah pekat. Kacau sesekali.
5. Tutup api. Sedia utk dihidang

Wednesday, September 1, 2010

Bergedil Daging

Bergedil tidak boleh dipisahkan dengan soto. Betul kan? Tapi saya lagi suka mkn bergedil begitu saja. Sedap je mengunyah.

Resipi di bawah diambil dari MyResipi. Ramai dah cuba resipi ni dan semuanya bagi positive feedback. Ni percubaan kali pertama saya membuat bergedil. Saya suka saiz comel-comel agar senang anak nak pegang.

Resipi di bawah ialah utk bergedil daging.

BERGEDIL DAGING


Bahan-bahannya:

1kg kentang ~ dikupas dan dipotong bulat
300 gram daging cincang
2 ulas bawang putih
2 sudu kecil serbuk lada putih
Sedikit garam
Secekak daun sup ~ dipotong halus
Sedikit daun kucai ~ dipotong halus. Ni saya tambah sendiri
3/4 cawan bawang goreng
2 biji telur ~ dipisahkan kuning dan putih

Cara membuatnya:
1. Kentang digoreng sehingga masak. Kemudian, tumbuk kentang sehingga lumat. Ketepikan di dalam sebuah bekas.
2. Bawang putih, garam dan serbuk lada putih ditumbuk halus. Kemudian, tumis dengan minyak yg sedikit.
3. Setelah naik bau, masukkan daging cincang. Masak hingga daging bertukar warna dan air kering.
4. Setelah daging siap, masukkan ke dalam bekas kentang tadi.
5. Masukkan bawang goreng, kuning telur, daun sup dan daun kucai ke dalamnya.
6. Gaul rata. Kemudian, bentukkan bergedil ikut besar yg anda kehendaki.
7. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak betul-betul panas, celupkan bergedil ke dalam putih telur dan masukkan ke dlm kuali.
8. Tunggu hingga bawah bergedil betul-betul masak, kemudian barulah diterbalikkan. Ini untuk mengelakkan bergedil daripada pecah.
9. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Siap untuk dihidang.

Tuesday, August 24, 2010

Ayam Bakar Lada Hitam Bermayonis

Teringin nak cuba resipi yg diambil dari blog Ummi nie. Kebetulan, semua orang balik ke rumah pada minggu lepas. Maka, terkorbanlah 2 ekor ayam utk dimakan ketika berbuka puasa.

Gambar saya tak la secantik gambar Ummi sebab Ummi ada letak sos dan mayonis. Saya bakar saja kerana dah siapkan sambal ikan bilis sebagai lawan ayam bakar nie.

AYAM BAKAR LADA HITAM BERMAYONIS


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam ~ bersihkan dan cucukkan dengan garfu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 cm halia
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
Sedikit lada sulah

Cara membuatnya:

1. Blend bawang besar, bawang putih dan halia hingga hancur.
2. Masukkan ke dalam bekas besar. Campurkan dengan bahan-bahan lain kecuali ayam dan mayonis.
3. Masukkan ayam dan mayonis.
4. Gaul rata. Perap dlm peti ais selama 2-3 jam.
5. Bakar pada suhu 180C selama 40 minit hingga ayam bertukar warna perang keemasan. Balik-balikkan ayam agar ayam dibakar rata. Sedia untuk dihidang.

Monday, August 23, 2010

Bread Pudding with Vanilla Sauce

Saya mula kena puding roti apabila seorang pakcik memberikan saya satu resipi puding roti 10 tahun yang lalu. Tapi resipi dia memerlukan puding tu dikukus. Tak tertelan dengan tekak masa tu sebab rasa rasanya mcm tak berapa kena dengan saya. Tu la kali pertama saya mkn puding roti.

Masa tu, mmg ingat puding roti kena kukus.

Hinggalah saya terjumpa satu resipi yg memerlukan puding roti tu dibakar. Tertarik dengan bahan-bahan yg digunakan, saya cuba buat dengan menggunakan resipi baru tu.

Wah, jauh sangat beza rasa puding roti yg dikukus dengan yg dibakar. Saya cukup suka resipi kedua tu! Dah byk kali juga saya buat.

Masa balik ke hometown minggu lepas, saya dah bercadang nak buat puding roti. Cuma kali nie, saya cuba buat vanilla sauce utk dimakan bersama dengan puding. Ni sebab dah terjebak tgk puding roti kat hotel. Mesti ada sauce kan? Peach sauce la.. vanilla sauce la.. Utk dibuat di rumah, saya buat vanilla sauce sebab saya mmg suka apa saja yg berasaskan vanilla.

BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUCE


Bahan-bahan utk puding:

2 biji telur ~ dipukul sedikit
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla essence
1/4 sudu kecil nutmeg ~ jika tiada, boleh skip
4 cawan susu ~ dipanaskan sedikit
100 gram mentega ~ dicairkan
2 cawan roti ~ dipotong dadu (lebih kurang sebungkus kecil roti)
Gula perang, kismis dan serbuk kayu manis ~ utk ditaburkan di atas puding

Cara membuat puding:

1. Campurkan semua bahan kecuali roti, gula perang, kismis dan serbuk kayu manis.
2. Kemudian, masukkan roti. Kacau rata.
3. Masukkan dlm bekas pembakar atau casserole.
4. Taburkan gula perang, kismis dan serbuk kayu manis di atasnya. Byk-byk pun takpe.
5. Bakar dlm suhu 160 C selama 45 minit.

Nota: Pastikan bekas pembakar tidak terlalu rendah. Semasa puding di dalam oven, puding akan naik sedikit. Jika bekas terlalu rendah, ditakuti puding akan melimpah. Apabila puding dikeluarkan dari oven, puding akan turun ke paras asal.

Bahan-bahan untuk vanilla sauce:

1 biji telur ~ dipukul sedikit
1/2 cawan gula
2 cawan susu ~ part milk or whole milk
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar vanilla essence

Cara membuat vanilla sauce:

1. Masukkan semua kecuali vanilla essence ke dalam periuk.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau utk memastikan tepung tak bergumpal.
3. Setelah pekat sedikit, masukkan vanilla essence.
4. Setelah mencapai kepekatan yg diingini, tutup api dan ketepikan.
5. Tidak mengapa jika tepung bergumpal. Anda hanya perlu tapiskan sauce tersebut dan anda akan dapat vanilla sauce yg smooth.
Related Posts with Thumbnails