Monday, August 23, 2010

Bread Pudding with Vanilla Sauce

Saya mula kena puding roti apabila seorang pakcik memberikan saya satu resipi puding roti 10 tahun yang lalu. Tapi resipi dia memerlukan puding tu dikukus. Tak tertelan dengan tekak masa tu sebab rasa rasanya mcm tak berapa kena dengan saya. Tu la kali pertama saya mkn puding roti.

Masa tu, mmg ingat puding roti kena kukus.

Hinggalah saya terjumpa satu resipi yg memerlukan puding roti tu dibakar. Tertarik dengan bahan-bahan yg digunakan, saya cuba buat dengan menggunakan resipi baru tu.

Wah, jauh sangat beza rasa puding roti yg dikukus dengan yg dibakar. Saya cukup suka resipi kedua tu! Dah byk kali juga saya buat.

Masa balik ke hometown minggu lepas, saya dah bercadang nak buat puding roti. Cuma kali nie, saya cuba buat vanilla sauce utk dimakan bersama dengan puding. Ni sebab dah terjebak tgk puding roti kat hotel. Mesti ada sauce kan? Peach sauce la.. vanilla sauce la.. Utk dibuat di rumah, saya buat vanilla sauce sebab saya mmg suka apa saja yg berasaskan vanilla.

BREAD PUDDING WITH VANILLA SAUCE


Bahan-bahan utk puding:

2 biji telur ~ dipukul sedikit
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla essence
1/4 sudu kecil nutmeg ~ jika tiada, boleh skip
4 cawan susu ~ dipanaskan sedikit
100 gram mentega ~ dicairkan
2 cawan roti ~ dipotong dadu (lebih kurang sebungkus kecil roti)
Gula perang, kismis dan serbuk kayu manis ~ utk ditaburkan di atas puding

Cara membuat puding:

1. Campurkan semua bahan kecuali roti, gula perang, kismis dan serbuk kayu manis.
2. Kemudian, masukkan roti. Kacau rata.
3. Masukkan dlm bekas pembakar atau casserole.
4. Taburkan gula perang, kismis dan serbuk kayu manis di atasnya. Byk-byk pun takpe.
5. Bakar dlm suhu 160 C selama 45 minit.

Nota: Pastikan bekas pembakar tidak terlalu rendah. Semasa puding di dalam oven, puding akan naik sedikit. Jika bekas terlalu rendah, ditakuti puding akan melimpah. Apabila puding dikeluarkan dari oven, puding akan turun ke paras asal.

Bahan-bahan untuk vanilla sauce:

1 biji telur ~ dipukul sedikit
1/2 cawan gula
2 cawan susu ~ part milk or whole milk
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar vanilla essence

Cara membuat vanilla sauce:

1. Masukkan semua kecuali vanilla essence ke dalam periuk.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau utk memastikan tepung tak bergumpal.
3. Setelah pekat sedikit, masukkan vanilla essence.
4. Setelah mencapai kepekatan yg diingini, tutup api dan ketepikan.
5. Tidak mengapa jika tepung bergumpal. Anda hanya perlu tapiskan sauce tersebut dan anda akan dapat vanilla sauce yg smooth.

9 comments:

WanYgBest said...

aku pun suke puding roti + vanila sauce...tp aku x rajin nak wat saucenyer tuh...slalu makan puding ni panas2 ngan ice cream vanila...biar ice cream tu melt...ahhh...bestnyerrr

Liz said...

wan, ko mcm aku la. aku pun mkn dengan vanilla ice cream. heaven kan? cuma kali ni saja je nak try vanilla sauce. nak tau apa rasa dia. hehe

Anonymous said...

org mmg nk try pueing roti sos vanilla,google,jmpa lak kt cni....since bila wat blog recipe nih lizek? -cinonet-

Liz said...

sue> dah byk sgt tepek resipi kat personal blog. pastu ada pulak beberapa org suka minta resipi time org tgh keje. so buat je blog baru dan tepek semua resipi kat sini. jadi diorg boleh check kat sini. x perlu call sy lagi melainkan resipi xde kat sini.

cuba la sue. vanilla sauce tu kan, kalau taknak dia thick sgt, sue tambah je susu sikit-sikit. tgk kepekatan yg sue nak.

animkechik said...

ye22.. sy komen.. puding tu sgt sedap k! lg lak kali nie ade kuahnye..lg sedap. bile ltk dm peti ais, mkn yg sejuk, b'tmbh la sedap.. pns ok, sejuk lg ok.. nk wt x reti.. jd kite oder je bile chef blk sbn.. nsb baik x jd blk tmpn.. klau x, x merase la..

p/s : lain kali wt byk ckit, nie x, sorg brape keping je dpt.. dpt tapau pun ckit.. huhuhu..

Liz said...

anim> poyo je mkn time sejuk. aku x penah mkn sejuk (letak dlm peti ais). bkn xnak buat byk sikit la. tp dah busy dgn ayam. aku sorang2 panas ngadap oven. lg pun, casserole ada satu aje. kalau nak byk, beli la lg satu bekas camtu.

animkechik said...

betul la.. bile sejuk jd mcm mkn puding yg lain la.. ko silap x prnh try.. siap ade sos yg sejuk k!

Anonymous said...

kalo pekat pon org ske gak....tp yg paling enak bau nya sebelum makan..hmmm.....nyum,nyum...rasa sayang jee bila nk makan,x plan lg nk masak bila,nnti org try.eheheheh
-cinonet-

Liz said...

sue, dah cuba nanti boleh la bgtau hasilnya

Related Posts with Thumbnails