Tuesday, June 5, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Japanese Cheesecake tak macam "adik beradik" dia yang lain. Japanese Cheesecake tak perlu ada crust/base. Jumlah cream cheese tu tak perlu gunakan banyak. Memadai guna 250g, kita dah boleh rasa cheese nya. Paling ketara, Japanese Cheesecake memerlukan kita memukul putih telur yang banyak dan kek ini juga menggunakan cornstarch.

Hasilnya... It's super, super fluffy!! I fall in love with it instantly!

Hmmm, terfikir juga macam mana Jusco boleh jual kek ni dengan harga RM10 sahaja. Kalau korang cuba buat sendiri, memang tak dapat letak kos bawah RM10. Apa agaknya Jusco letak dalam kek dia? Leavening agent?

 
Isk.. gambar pun dah nampak kegebuannya 



Cara nak buatnya senang saja. Tapi kena make sure egg whites dipukul hingga soft peak (bukan stiff peak ye). Kalau ikut betul-betul, insya Allah menjadi. 

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Bahan A:
250g cream cheese (dibiarkan dalam suhu bilik)
50g butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon (jangan gunakan lemon essence)
1/4 sudu kecil garam
60g tepung kek/superfine
20g tepung jagung

Bahan B:
140g gula
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon

Cara membuatnya:

1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah mencair, sejukkan adunan tadi.

2. Kemudian campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam aduna cream cheese tadi. Gaul sebati.

3. Step ni takde dalam resipi asal tapi ada blogger yang sarankan buat macam ni. I ikut dan hasilnya kek lebih halus teksturnya. Ok, lepas tu, tapiskan adunan tu dengan menggunakan sieve. Anda akan dapat adunan yang tidak berketul-ketul.(Adunan A)

4. Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan jus lemon hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul dengan high speed. Pukul hingga menjadi soft peak. Di 3 minit terakhir, pukul dengan medium speed. (Adunan B)

5. Campurkan adunan A ke dalam adunan B. Kaup balik hingga sebati. Jangan overbeat. Step 4 dan 5 akan memastikan kek ni menjadi atau tak.

6. Tuang adunan ke dalam loyang kek berukuran 8 inci atau 9 inci yang telah digris dan disalut dengan baking paper. 

7. Bakar kek di dalam oven (yang telah dipanaskan terlebih dahulu ke suhu 160 darjah celcius) dengan menggunakan kaedah bain marie selama sejam. Jika permukaan kek tidak keperangan, tambahkan masa membakar. Jika menggunakan oven elektrik, bakar menggunakan api bawah sahaja. 5 minit terakhir, gunakan api atas bawah.

8. Setelah siap dibakar, biarkan kek di dalam oven selama setengah jam sebelum dikeluarkan. Kek akan mengecut di tepi dan turun sedikit di atas. Ini normal. Tapi kalau turun sangat, maknanya kek tidak menjadi. Teruskan mencuba :)

Tuesday, April 17, 2012

Pavlova lagi

Resipi pavlova kali ni I dapat dari kak Irma. Thanks kak kerana sudi memberi ilmu. Bahannya lebih kurang dan caranya membuatnya memang sama macam resipi yang I pernah guna.

Cuma kali ni terasa debarannya sebab first time membakar guna elektrik oven. Bakar kek dah selalu, bakar pavlova memang tak pernah.

Alhamdulillah menjadi.

Untuk resipi ni, kak Irma gunakan 4 biji putih telur, satu cawan gula castor, 1/2 sudu kecil esen vanilla, 1/2 sudu teh cuka makan dan 1/2 sudu besar tepung jagung.

Cara membuatnya sama juga.

1. Panaskan oven dengan suhu 140 darjah.
2. Pukul putih telur dengan menggunakan low speed sehingga menjadi soft peak.
3. Masukkan gula sesudu demi sesudu dan pukul dengan high speed hingga menjadi thick and glossy.
4. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
5. Masukkan cuka dan tepung jagung. Gaul sebati menggunakan senduk kayu.
6. Tuangkan ke atas parchment paper dan bentukkan pavlova.
7. Turunkan suhu ke 130 darjah dan bakar pavlova selama sejam (bergantung kepada oven masing-masing)

Apabila siap, bahagian luar pavlova akan sedikit gelap dan rapuh apabila disentuh.

Hiaskan bahagian atas dengan non dairy whipping cream yang telah diputar kaku bersama buah-buahan.

Monday, April 16, 2012

Chocolate Covered Marshmallow

Sorry kerana blog ni dah lama terabai sebab tuan tanah sangat busy. Masaknya hari-hari tapi update nye tidak. Alhamdulillah, tempahan kek semakin mencurah masuk.

Baru-baru ni kami ada menghadiri satu birthday party. Jadi I berhajat sangat nak bawa sesuatu. Fikir punya fikir, I buatkan sesuatu untuk kanak-kanak. I taknak makanan yang terlalu manis untuk mereka. Biar makanan tu boleh menarik perhatian mereka.

So I buat Chocolate Covered Marshmallow.


Nak buatnya tak susah tapi agak leceh dan memakan masa. Tapi bila dah siap, rasa macam puas hati sangat tengok hasilnya.

Bahan-bahannya:

Lollipop sticks
Marshmallow ~ Elok beli jenis jumbo dan pastikan ia halal ye
Chocolate ganache
Colourful sprinkles
Bekas untuk memacakkan lollipop

Cara membuatnya:

Macam I cakap, nak buat ni senang tapi leceh. So pastikan korang ada tempat yang sedikit luas.
Pastikan semua peralatan berada di posisi agar tak berkecah tempat tu dibuatnya :)

1. Buat chocolate ganache. Actually, ada banyak cara untuk buat chocolate ni. Tapi I gunakan chocolate ganache saja.

2. Kemudian, celupkan hujung stick ke dalam chocolate ganache dan cucukkan ia dengan marshmallow. Ini bertujuan agar marshmallow tak senang tercabut masa kita celupkan ia ke dalam chocolate nanti.


3. Biarkan sekejap.


4. Kemudian, celupkan marshmallow satu persatu. Lepas angkat dari chocolate tu, pusing-pusingkan marshmallow agar tidaklah ia nampak sememeh sangat. Barulah nampak elok je rata coklat tu tercelup.

5. Pacakkan ia ke dalam tempat yang disediakan. I guna cara senang. I guna cawan yang dipenuhi beras.

Sampai step ni memang agak messy la juga.
Perlukan kesabaran. Next time, I nak cucuk kat polisterin je la.

6. Setelah coklat set, taburkan dengan colourful sprinkles untuk dapatkan corak yang cantik.


Walaupun agak leceh tapi I rasa marshmallow ni sesuai disediakan di party yang melibatkan kanak-kanak. Mereka cepat tertarik dengan benda yg berwarna warni.

Wednesday, February 8, 2012

Chocolate Raspberry Pavlova

Ada cerita di sebalik resipi ini.

5 tahun lepas, I dapat buku resipi Nigella Lawson di hari perkahwinan. Kawan-kawan memang tau I suka Nigella Lawson dan Jamie Oliver. Masa kahwin tu, 2-2 buku I dapat. Happy sangat sebab buku diorang kan mahal.

Bila belek buku Nigella Lawson, ternampak resipi ni. Sesuatu yang baru sebab selama ni, I makan pavlova biasa yang berwarna cream tu je. Mesti sedap kalau dah ada chocolate kan?

Tapi tak juga cuba :p

Hinggalah sorang kawan blogger buat pavlova baru-baru ni. Terus teringat dark chocolate dan cocoa powder kat rumah. Tinggal beli raspberry je. Balik dari bawa anak ke zoo, terus buat chocolate raspberry pavlova.

Gambar sedikit off sebab gambar yg I ambil awal-awal tu, tak tabur chocolate shaved lagi. Lepas dah makan separuh, baru sedar. Ahaks, so tabur-tabur.. terus snap. Maka rupanya tidak mengancam tapi rasa memang mengancam. Kira mengancam la kot sebab hubby dan anak berebut makan!

Here is the recipe.

Chocolate Raspberry Pavlova by Nigella Lawson


Bahan-bahan untuk meringue:

6 biji telur - guna jenis LARGE
2 cawan gula kastor
3 sudu besar cocoa powder - sifted
1 sudu kecil cuka makan
2 oz dark chocolate - hiris halus

Bahan-bahan untuk topping:

2 cawan heavy cream
Raspberries
Chocolate shaved

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah. Sediakan baking sheet. Lukiskan bulatan berdiameter 9 inci di atas kertas. Kalau taknak pun takpe. Bila meringue dah dituang nanti, pandai-pandai la buat bulatan. Kalau dah lukis, terbalikkan baking sheet agar adunan tak kena kesan pensil tu :)

2. Pukul putih telur hingga menjadi foam peak. Kemudian, terus pukul adunan sambil masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul hingga adunan menjadi kental dan berkilat.

3. Taburkan cocoa powder, dark chocolate yang telah dihiris halus dan cuka makan. Kaup balik perlahan-lahan hingga adunan sebati.

4. Setelah sebati, tuang ke atas baking sheet. Buatkan ia jadi bentuk bulatan. Licinkan bahagian tepi dan atas dengan menggunakan spatula.

5. Masukkan ke dalam oven dan terus turunkan suhu ke 150 darjah. Bakar selama sejam 15 minit. Apabila siap, pavlova akan kelihatan keras di bahagian luar tetapi lembut di bahagian dalam.

6. Tutup oven. Bukan sedikit pintu oven dan biarkan pavlova di dalam oven sehingga betul-betul sejuk.

7. Sebelum menghidang, pukul heavy cream hingga kental. Agak lama juga nak pukul ni. Pukul je sampai jadi =)

8. Setelah siap, sapukan ia ke atas pavlova. Susun buah raspberry dan taburkan chocolate shaved di atasnya.

Monday, January 30, 2012

Oreo Milkshake

Kat rumah ni, jarang nak beli ice cream. Memang tak ajar anak makan ice cream sangat. Kalau dia nak makan, ada la 1-2 kali dalam sebulan. Kena tunggu dia besar dan boleh fikir secara rasional, baru la boleh bagi dia makan ice cream. Kalau sekarang, mau tiap-tiap hari dia nak makan.

Recently, I bought a pint of vanilla ice cream. Tekak terasa nak makan. Alang-alang, terus beli bekas besar. Dalam hati, "Wah, ni boleh la buat Oreo Milkshake camni".

And yes, I buat malam tadi. Saja je nak menyambut hubby yang baru pulang dari Terengganu. Kesian dia. Malam baru sampai rumah. Lapar pulak tu. Nasib baik I dah masakkan lauk kegemaran dia. Tambah pulak, goreng keropok lekor. Sedap!

Oreo Milkshake


Bahan-bahannya:

250ml susu full cream (change to low fat milk for a healthier version)
8 sudu aiskrim vanilla
8 keping Oreo

Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemuanya di dalam mesin pengisar.
2. Blend hingga semuanya sebati.
3. Tuang ke dalam gelas yang disediakan.
4. Boleh hancurkan sedikit Oreo untuk ditabur di atasnya.

Minuman macam ni kena terus diminum. Yummy! Kalau nak feel macam minum ice blended, hanya tambahkan ais ketika kisar semua bahan tersebut.

Thursday, January 12, 2012

Steam Eggs

Ahaks, nama juadah yang telah di Inggeris kan.. semacam je bunyinya.

Ni telur steam... telur kukus. Sama je. Resipi dapat dari CMG. Thank you. Dah lama nak cuba tapi masa tu takde pengukus. Bila dah ada ni, cepat-cepat buat sebab nak tau apa rasanya.

Memang sedap! Next time nak tambah cili lebih sikit. Bagi pedas sikit.

STEAM EGGS


Bahan-bahannya:

3 biji telur
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 biji cili merah ~ dibuang biji dan dipotong dadu
1 biji tomato ~ dibuang biji dan dipotong dadu
Daun bawang secukupnya ~ dihiris pendek (I guna daun kuchai je)
Garam secukup rasa
Secubit gula
Secubit lada hitam
Satu sudu besar minyak masak
Potongan ayam (I guna udang je. Potong kecil-kecil)

Cara-caranya:

1. Panaskan pengukus. Sementara tunggu air kukusan menggelegak, satukan kesemua bahan dalam satu bekas.
2. Lengserkan bekas atau ramekin dengan butter atau minyak masak. Tuang adunan telur ke dalam bekas.
3. Kukus selama 10 minit dengan menggunakan api besar. Siap untuk dihidang.

Boleh makan begitu sahaja. Boleh makan cicah sos. Boleh juga dimakan bersama nasi. Ikut tekak masing-masing nak makan macam mana. Janji masuk dalam perut :)

Tuesday, January 3, 2012

Kek Karamel Pelangi

Dapur orang lain dah banyak hasilkan kek nie. I baru nak buat. Kalau orang lain dapat resipi ni dari Internet, I pula lain ceritanya. I rasa kek ni dulu. I teringin nak buat sendiri. Kalau orang jual, harganya memang mahal sebab termasuk service charge. Bila buat sendiri, lebih rasa puas hati bila kek licin dalam masa yang singkat.

Terima kasih kepada tuan punya resipi. Tak sure resipi asal dari mana tapi rasanya ramai mencuba bila resipi ni dikongsi di WHI. Resipinya bila dibaca rasa panjang berjela dan nampak rumit tapi sebenarnya tidak.

Kek Karamel Pelangi from Delima Catering


UNTUK GULA KARAMEL

2 sudu besar gula

~ Masukkan ke dalam loyang pembakar. Panaskan di atas api. Biarkan hingga gula cair dan berwarna perang. Tak perlu dikacau. Make sure gula tidak terlalu perang. Kalau terlalu masak, gula akan pahit. Lepas cair, tutup api dan ratakan gula di seluruh dasar loyang. Biarkan sejuk seketika.

UNTUK MERINGUE
Bahan-bahannya:

6 biji putih telur
70g gula kastor
1 sudu teh cream of tartar (atau boleh ganti dengan 1 sudu teh cuka)

Cara membuatnya:

1. Pukul putih telur hingga kembang.
2. Masukkan cream of tartar. Pukul seketika.
3. Masukkan gula kastor. Pukul hingga kembang dan glossy. Jika adunan diterbalikkan, ia tidak tumpah. Itu menunjukkan aduna meringue dah siap. Ketepikan.

UNTUK KEK
Bahan-bahannya:

140g tepung gandum
3 biji kuning telur
70g gula kastor
1 sudu teh baking powder
45ml minyak masak
135ml air masak

Cara membuatnya:
1. Pukul kuning telur, minyak dan air masak.
2. Masukkan gula kastor dan pukul hingga adunan kembang sekali ganda.
3. Masukkan campuran tepung dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gunakan putaran paling perlahan. Don't overbeat.
4. Ambil 1/3 campuran meringue dan masukkan ke dalam adunan kek. Kaup balik. Masukkan lebihan meringue dan kaup balik hingga sebati. Don't overbeat.
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna. Sebatikan warna tersebut.

UNTUK KRIM KARAMEL
Bahan-bahannya:

3 biji kuning telur
1/2 tin susu cair
70g gula kastor

Cara membuatnya:
1. Satukan kesemuanya bahan dalam satu mangkuk. Kacau rata. Jangan sampai berbuih. Jika berbuih, karamel mungkin akan merekah selepas siap dibakar nanti.
2. Gunakan penapis dan tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus yang dibuat pada awal tadi.
3. Masa tuang, akan kedengaran seakan bunyi kaca pecah.

ASSEMBLE

1. Masukkan adunan kek yang telah diwarna secara berselang seli. Jika nak bagi jalur nampak jelas, boleh sudukan 6 sudu besar adunan untuk setiap warna. Buat hingga habis.
2. Bakar secara double boil atau bath marie selama 1 jam. (I guna cara bath marie).
3. Gunakan cake tester untuk pastikan kek betul-betul telah masak.
4. Setelah kek masak, tutup api oven. Biarkan kek di dalam oven untuk 10 minit atau hingga tepi kek merekah dari loyang.
5. Setelah 10 minit, keluarkan dan terbalikkan ke dalam pinggan.
6. Jika ada lelehan gula karamel, cepat-cepat lapkan dengan kertas tisu dapur. Ini untuk mengelakkan kek daripada basah.
7. Sejukkan di dalam peti ais

APA YANG ANDA PERLU TAHU

1. Make sure putih telur untuk meringue tidak bercampur dengan kuning telur walaupun sedikit. Kehadiran sedikit kuning telur akan menyebabkan meringue tidak menjadi.
2. Untuk mendapatkan kek yang tinggi dan lapisan karamel yang tebal, gunakan loyang berukuran 8 inci. I gunakan loyang berukuran 10 inci. Hasilnya, lapisan karamel tak tebal tapi tetap la licin kan? Hehehe..
3. Tidak perlu memasak adunan krim karamel tu. Memadai sebatikan semua bahan.
4. Kalau nak gunakan SRF pun boleh. Cuma jangan tambah baking powder.
5. Memadai guna 2 sudu besar gula untuk gula hangus. Gula yang berlebihan akan menyebabkan banyak air gula tumpah ketika kita terbalikkan kek. Jika dah cuba buat resipi ni sekali dan nampak banyak air gula tumpah, boleh kurangkan kandungan gula ketika cubaan kali kedua.
6. Tidak perlu melengser loyang.

Ni masa buat kali pertama. Adunan kek nampak bercampur dengan karamel.

Time cuaca panas, memang laju je kek ni masuk tekak. Tak puas makan. Kalau betul caranya, kek ni memang menjadi.
Related Posts with Thumbnails