Tuesday, June 5, 2012

Cotton Soft Japanese Cheesecake

Japanese Cheesecake tak macam "adik beradik" dia yang lain. Japanese Cheesecake tak perlu ada crust/base. Jumlah cream cheese tu tak perlu gunakan banyak. Memadai guna 250g, kita dah boleh rasa cheese nya. Paling ketara, Japanese Cheesecake memerlukan kita memukul putih telur yang banyak dan kek ini juga menggunakan cornstarch.

Hasilnya... It's super, super fluffy!! I fall in love with it instantly!

Hmmm, terfikir juga macam mana Jusco boleh jual kek ni dengan harga RM10 sahaja. Kalau korang cuba buat sendiri, memang tak dapat letak kos bawah RM10. Apa agaknya Jusco letak dalam kek dia? Leavening agent?

 
Isk.. gambar pun dah nampak kegebuannya 



Cara nak buatnya senang saja. Tapi kena make sure egg whites dipukul hingga soft peak (bukan stiff peak ye). Kalau ikut betul-betul, insya Allah menjadi. 

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Bahan A:
250g cream cheese (dibiarkan dalam suhu bilik)
50g butter
100ml susu segar
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon (jangan gunakan lemon essence)
1/4 sudu kecil garam
60g tepung kek/superfine
20g tepung jagung

Bahan B:
140g gula
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon

Cara membuatnya:

1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan menggunakan kaedah double boiler. Setelah mencair, sejukkan adunan tadi.

2. Kemudian campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam aduna cream cheese tadi. Gaul sebati.

3. Step ni takde dalam resipi asal tapi ada blogger yang sarankan buat macam ni. I ikut dan hasilnya kek lebih halus teksturnya. Ok, lepas tu, tapiskan adunan tu dengan menggunakan sieve. Anda akan dapat adunan yang tidak berketul-ketul.(Adunan A)

4. Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan jus lemon hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul dengan high speed. Pukul hingga menjadi soft peak. Di 3 minit terakhir, pukul dengan medium speed. (Adunan B)

5. Campurkan adunan A ke dalam adunan B. Kaup balik hingga sebati. Jangan overbeat. Step 4 dan 5 akan memastikan kek ni menjadi atau tak.

6. Tuang adunan ke dalam loyang kek berukuran 8 inci atau 9 inci yang telah digris dan disalut dengan baking paper. 

7. Bakar kek di dalam oven (yang telah dipanaskan terlebih dahulu ke suhu 160 darjah celcius) dengan menggunakan kaedah bain marie selama sejam. Jika permukaan kek tidak keperangan, tambahkan masa membakar. Jika menggunakan oven elektrik, bakar menggunakan api bawah sahaja. 5 minit terakhir, gunakan api atas bawah.

8. Setelah siap dibakar, biarkan kek di dalam oven selama setengah jam sebelum dikeluarkan. Kek akan mengecut di tepi dan turun sedikit di atas. Ini normal. Tapi kalau turun sangat, maknanya kek tidak menjadi. Teruskan mencuba :)

3 comments:

*∽ IZAN ∽* said...

wallaa.... cantek dan gebunya!!!
terliur tengok menbayangkan kelembutannnya nyummm

Liz said...

kak izan> mmg gebu kek ni kan. kalau mkn, mcm cair kat mulut je. suka!

Unknown said...

assalam .. kak izinkan sy guna resepi nie utk cuba buat kek nie yer .. kek nmpk gebuss dgt .. hihi .. thanks ..

Related Posts with Thumbnails