Originally from Charming Umi
AYAM PERCIK
Bahan-bahan:
Satu setengah ekor ayam (seekor tu aku potong 12 kerat)
6 cawan santan pekat (Rasanya kalau 4-5 cawan pun, cukup)
Satu cawan air asam jawa
2 sudu kecil halba
Garam
Tepung ubi kayu atau tepung gandum
Bahan kisar:
30 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
10 biji bawang merah
3cm halia
10 batang serai
Cara memasak:
1. Bersihkan ayam. Lumur ayam dengan garam dan tepung. Bilas bersih.
2. Panaskan kuali. Masukkan bahan kisar ke dlm kuali. Masukkan ayam. Masukkan santan, halba dan air asam jawa.
3. Masak hingga kuah tinggal sedikit. Pastikan semuanya sebati. (Jika nakkan kuah utk ayam, tinggalkan kuah tu ikut kuantiti yg dikehendaki. Kemudian perasakan dengan garam).
4. Alih ayam ke oven dan panggang hingga masak.
Nota: Kalau setakat nak ratah ayam, rasanya tak perlu ada kuah. Tapi kalau nak mkn dgn nasi, kuah wajib sbb ayam tu agak kering
RESIPI KEK PAUN OREN
9 months ago
No comments:
Post a Comment