Thursday, July 22, 2010

Homemade Syrup

Setiap kali nak raya, atok rajin buat gula sirap banyak-banyak. Lepas tu, atok akan letak dlm botol 1.5 Liter tu dan hantar ke rumah anak-anak yang berdekatan. Boleh dikatakan mmg rajin buat sirap je la sebab stok ada kat dlm peti ais.

Gula sirap, kalau buat sendiri memang terasa sedapnya jika nak dibandingkan dengan sirap yg kita beli kat rak pasaraya. Terbau daun pandan!

Ni dah nak puasa nie, boleh la buat gula sirap lagi. Saya buat baru-baru nie tapi tak buat pekat. Guna sikit je gula.

HOMEMADE SYRUP

Bahan-bahan:
Gula
Daun pandan
Air secukupnya
Perwarna Conchineal

Cara membuatnya:
1. Masak air bersama daun pandan dalam periuk.
2. Masukkan gula (saya masukkan 500g gula).


3. Masak hingga gula hancur.
4. Masukkan beberapa titik perwarna. Terpulang. Jika ingin warna yang pekat, masukkan beberapa sudu besar.
5. Kacau seketika.
6. Tutup api dan sejukkan sebentar.
7. Transfer ke bekas untuk disimpan.

Wednesday, July 21, 2010

Ikan Goreng Berempah

Hari Khamis minggu lepas, dah kepenatan. Nak masak simple je. Sambal ikan bilis masih ada banyak lebih. So masak je Ikan Goreng Berempah ni sebagai pelengkap.

Resipi diselongkar di dapur Ummi. Thanks Ummi!

IKAN GORENG BEREMPAH

Bahan-bahannya:
2 ekor ikan
1cm halia *
4 ulas bawang putih *
3cm kunyit *
1 sudu besar serbuk kari
Garam secukupnya
* Ditumbuk

Cara memasak:
1. Ikan disiang, dibersihkan dan dikelar.
2. Gaulkan dengan bahan tumbuk, garam dan serbuk kari.
3. Perap selama sejam.
4. Goreng hingga garing. Masukkan sekali lebihan bahan tumbuk tadi.
5. Setelah masak, angkat dan ketepikan. Bolehlah tapis bahan tumbuk yg digoreng tadi. Tabur di atas ikan.
6. Sedap dimakan ketika panas.

Tuesday, July 20, 2010

Hancurkan biji cili dengan mudah

Tak tak la nak kata petua ke apa sebab saya dah diajar sejak kecil oleh mama saya.

Usually, saya akan rebus cili tu sampai lembut. Setiap kali nak blender cili kering dan cili api, mesti saya disuruh masukkan sedikit minyak. Katanya, senang sikit biji cili nak hancur. Tak tau la apa kaitan minyak dan biji cili tapi pernah jugak la saya jalankan ujikaji utk mengetahui kesahihannya.

Memang betul la. Kalau letak minyak, mmg biji cili tu hancur. Smooth je cili yg terhasil.

Orang kata, kalau nak cili tahan lama, letakkan sedikit minyak dlm bekas cili tersebut. Apa kata lepas ni, mesinkan sekali minyak tu. Insya Allah, takde biji cili yang akan kelihatan. Cubalah!

Monday, July 19, 2010

Pineapple Punch

Panas-panas nie, sedap kalau dpt minum Pineapple Punch. Resipi dari Hana nun jauh di Okinawa.


PINEAPPLE PUNCH

Bahan-bahannya:
Pineapple dalam tin
1/2 cawan syrup nenas tin
1/2 cawan ice cream soda
Air dan kiub
Hirisan nenas utk hiasa

Cara membuatnya:
1. Campurkan sirap nenas, air dan ice cream soda.
2. Masukkan nenas potong dan kiub ais. Kacau.
3. Hiaskan dengan hirisan nenas.
4. Siap utk dihidang.

Nota: Utk sejag pineapple punch, saya gunakan 2 cawan ice cream soda dan 2 cawan sirap nenas.

Friday, July 16, 2010

Tenggiri Berlada

Masa puasa sunat baru-baru ni, hubby request tenggiri berlada. Jarang nak masak berlada sebab rasanya tenggiri paling sedap kalau buat sambal atau masak lemak cili api. Perggh, meleleh air liur.

Ok.. so utk kali ni, saya guna resipi Maklang. Maklang kan famous sebab pandai masak lauk sedap-sedap. Jom try.


TENGGIRI BERLADA

Bahan-bahannya:
2 keping ikan tenggiri
2 helai daun limau purut
Sedikit garam dan gula

Bahan untuk dikisar:
5 biji cili merah
6 biji cili api
3 x 3 inci belacan ~ dibakar sedikit
1 biji bawang besar
1 biji tomato sederhana besar

Cara memasak:
1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sehingga garing. Angkat dan toskan.
2. Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik minyak.
3. Masukkan garam, gula dan daun limau purut.
4. Masukkan ikan. Gaul rata.
5. Biarkan seketika agar sambal meresap ke dalam ikan.
6. Angkat dan siap untuk dihidang.

Thursday, July 15, 2010

Kung Pao Chicken

Kali pertama buat lauk ni pada 27 December 2006. Sumber? Tak ingat. Hehe.. Tapi mcm mana pulak boleh ingat bila kali pertama masak? My first posting about this recipe masih ada dlm blog lama. Pernah buat 2 kali je kot. Dan 2-2 tu tak letak cashew nut sebab tak minat cashew nut.

Baru-baru nie, teringin nak buat lagi. Pada mulanya, mmg taknak letak cashew nut. Tapi terjumpa pulak cashew nut paket kecil. Beli je la.

Setelah masak dengan cashew nut, rasanya lepas ni taknak letak la sbb orang lain pun tak minat. Ahaks. Tapi rasa tetap sedap utk tekak orang yg berpuasa nie. Hubby pulak prefer Tenggiri Berlada. Tak kesah la. Tekak orang puasa ni mmg lain macam kan? Sorang nak lauk tu, sorang nak lauk nie.

Saya copy paste je la resipi ni.


CHICKEN KUNG PAO

Bahan A :
600g chicken fillets ~ didadu
Tepung jagung
Garam
1. Salutkan chicken fillets dengan tepung jagung yg dicampurkan dengan sedikit garam. Goreng.
2. Setelah masak, toskan dan letak di atas kitchen towel agar minyak meresap.

Bahan B :
100g cashew nuts ~ digoreng
30g cili kering ~ dipotong kepada 1 ke 1.5 inci
2 bawang besar ~ dipotong dadu
4bawang putih ~ ditumbuk
2 inci halia ~ ditumbuk
1 cili merah ~ dipotong dadu
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1/4 cawan air
Minyak masak
Garam ~ jika perlu

Cara memasak :
1. Panaskan sedikit minyak dan goreng cili kering hingga garing. Ketepikan cili.
2. Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan bawang besar.
4. Masukkan cili merah, ayam yang telah digoreng, sos tiram, sos cili dan sedikit air.
5. Apabila air tinggal sedikit, masukkan cashew nuts. Kacau rata.
6. Angkat dan siap untuk dihidang.

Nota tambahan: Utk my version, saja je masukkan sedikit cili kering yg garing tadi. Nak bagi sedikit pedas. Tapi tak pedas sgt pun.

Wednesday, July 14, 2010

Buncis Goreng Bertelur

Semalam cuti sebab tak sihat. Sempat buat Kung Pao Chicken dan Buncis Goreng Bertelur. Saya bagi resipi sayur dulu la ye.

BUNCIS GORENG BERTELUR


Bahan-bahannya:
300g kacang buncis ~ dibuang urat dan dipotong serong
3 ulas bawang kecil ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
Sebiji telur
Garam secukupnya

Cara memasak:
1. Tumis bawang kecil dan bawang putih. Masukkan garam. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan kacang buncis. Masak hingga kacang lembut. (Tambah sedikit air jika perlu)
3. Setelah hampir masak, pecahkan sebiji telur. Gaul rata hingga telur masak.
4. Angkat dan siap untuk dihidang.

Related Posts with Thumbnails