Monday, June 28, 2010

Ayam Perap Cik Nani

Originally from Charming Umi


AYAM PERAP CIK NANI

Bahan-bahannya:
Seekor ayam - Dipotong 12
1 cawan gula
1/2 sudu besar kunyit tepung
3/4 sudu besar garam

Untuk dikisar kering (sukatan selepas dikisar):

5 sudu teh serbuk ketumbar
5 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih

Untuk dikisar:

20 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
2cm halia
6 batang serai
Cili kering (nak guna 2 sudu je nanti)

Cara-caranya:

1. Masukkan semua bahan dalam satu tupperware besar. Gaul ratakan. Perap selama 4 jam. Kalau nak lagi sedap, perap la lebih sehari. Kalau taknak masak semua, simpan selebihnya di tempat dingin beku.

2. Bila nak masak, masak dgn menggunakan minyak yg sedikit (mcm korang nak masak sayur goreng). Masukkan ayam dan bahan perap tu. Tutup kuali. Api biar sederhana besar. Kacau bila perlu (utk elakkan hangus kat bawah). Bila ayam dah masak, bahan perap dan kuah dah pekat, leh angkat. Hidang dgn nasi panas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails